suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selama ini yakin berdebat di Parlimen” - Syed Saddiq gementar sampai menggeletar, lega sudah sah jadi suami Bella

Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri.

SEBAIK sahaja selesai disatukan sebagai suami isteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila kini sah bergelar suami kepada wanita yang dicintainya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Syed Saddiq, 33, berkata dia berasa gementar ketika melafazkan akad nikah walaupun selama ini tampil cukup yakin ketika berdebat di Parlimen.

Menurutnya, perasaan tersebut sukar digambarkan sehingga tangannya turut menggeletar ketika melalui detik bersejarah itu.

Syed Saddiq menyarungkan cincin di jari manis Bella.

“Bila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kata sah, itu paling penting. Kegembiraan luar biasa, tiada tandingannya.

“Saya ingatkan saya terlalu yakin. Berdebat di Parlimen tiada masalah, tetapi tadi saya tetap gementar sampai jari tangan menggeletar.

“Apabila sudah sah, semuanya berakhir. Alhamdulillah, sekarang saya bergelar suami kepada cinta hati saya, Bella,” katanya menerusi siaran langsung di Astro.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib baik tak terbaca doa makan” - Bella Astillah gemuruh depan bakal ibu mentua, sehari sebelum nikah Syed Saddiq

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan mereka sejak awal menjalinkan hubungan.

Katanya, dia percaya doa dan sokongan orang ramai menjadi antara kekuatan yang membawa mereka hingga ke fasa perkahwinan.

“Terima kasih kerana mendoakan perjalanan kami. Jatuh bangun itu, kadangkala ada rintangan dan cabarannya, tetapi saya yakin berkat doa kalian semua dapat menyatukan saya dan Bella.

Bella pertama kali bersalaman dengan Syed Saddiq.

“Daripada pasangan kerja kepada pasangan hidup. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sementara itu, Bella, 32, turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pernikahan mereka berjalan lancar.

Bella berkata dia amat menghargai sokongan serta doa yang diberikan orang ramai sepanjang perjalanan cinta mereka.

“Besar hati dan bersyukur semuanya sudah selesai. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong kami. Saya sangat menghargainya,” ujarnya.

Syed Saddiq tak jemu memandang Bella sepanjang majlis nikah.

Pada pagi Sabtu, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikahkan oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil wali bapa kandung Bella, Awang Astillah Abdullah atau Dullah.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Artikel Lain