suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nasib baik tak terbaca doa makan” - Bella Astillah gemuruh depan bakal ibu mentua, sehari sebelum nikah Syed Saddiq

Bella Astillah berkongsi momen melucukan semasa majlis tersebut.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah mencuit hati peminat apabila berkongsi momen dirinya berasa gementar selepas terpandang wajah bakal ibu mentuanya ketika majlis bacaan ayat suci al-Quran, sehari sebelum bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berseloroh dia hampir tersasul membaca doa ketika majlis tersebut gara-gara perasaan gemuruh yang dialaminya.

"Ma, saya nampak ustazah saya senyum. Tapi bila ternampak mama, tiba-tiba saya gemuruh. Nasib baik tidak terbaca doa makan," seloroh Bella menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis. 

Majlis khatam al-Quran dibuat sehari sebelum pernikahan Bella dan Syed Saddiq. 

Ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Amani bagaimanapun memuji ketenangan Bella yang tidak kelihatan gemuruh ketika majlis berkenaan. 

"Eh, kami tengok okay tadi," ujarnya. 

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi tentang kepentingan mencari ketenangan menerusi ayat suci al-Quran sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq hitung detik nikahi Bella Astillah, teruja mulakan hidup baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “This breaks my heart” – Bella Astillah sebak lihat wajah sayu Tun Mahathir

"Se­belum lafaz akad menyatukan dua hati, biarlah ayat-ayat Allah terlebih dahulu menenangkan hati,” tulisnya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan dijadualkan bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan pada Sabtu, 10 Oktober 2026.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada September 2016.

Bella bersama ibunya (kiri) dan bakal ibu mentuanya (kanan). 

Pasangan tersebut bagaimanapun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula, namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan berkenaan, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.

Artikel Lain