suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ain Edruce kena scam tiket F1 harga RM8,000, ingat nak beri kejutan seat ‘best’ buat suami

Ain (kanan) berkongsi kisah ditipu scammer yang menjual semula tiket perlumbaan F1.

PELAKON dan pengacara Ain Edruce berdepan pengalaman tidak disangka apabila menyedari tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain yang dibelinya pada harga RM8,000 untuk dua tiket sebenarnya berharga jauh lebih rendah.

Ain atau Nurul Ain Edruce, 35, berkata pada awalnya dia berasa gembira kerana berjaya mendapatkan tiket berkenaan sebelum mula menyedari harga yang dibayar terlalu mahal.

“Mula-mula memang gembiralah bila dapat beli tiket, tapi dia (suami) kasihan jugalah sebab ramai saja orang yang jual semula dengan harga lebih murah.

“Bila tengok orang beratur panjang nak naik shuttle bus terfikir juga nak jual tiket tu, tapi siapa nak beli harga RM8,000. Akhirnya saya dan suami pergi juga dan orang tegur ini yang beli tiket RM8,000 tu kan? Kenapa duduk sini?

Ain membeli harga tiket F1 dengan harga tak masuk akal.

“Jadi saya tahulah tiket dibeli itu melampau betul harganya. Reaksi Amirul bila dapat tiket itu bukan sebab saya buat kejutan sweet, tetapi harga tiket yang melampau itu,” katanya kepada mStar.

Ain berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang diadakan di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Ain mengakui dirinya menjadi mangsa penipuan kerana membeli tiket tersebut menerusi sebuah laman web tanpa membuat semakan mengenai harga sebenar.

“Saya kena scam tapi saya dapat tiket itu, cuma harganya melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terkejut Ain Edruce berhabis RM8,000 beli tiket F1

ARTIKEL BERKAITAN: Terhibur tengok Ain Edruce menyakat suami, katanya ‘muka marah happy sama saja’… Rakam untuk kenangan hari tua

“Orang beli tiket tu RM2,000 untuk seorang, konon-konon nak buat kejutan untuk suami, kita pula tak tahu fasal sukan permotoran ni.

“Waktu itu saya sedang berurut, nak tenang-tenang malas fikir. Jadi saya buka saja satu laman web ini dan terus beli,” ujarnya.

Tambah pengacara program Melodi itu lagi, ketika membuat pembelian dia menyangka harga RM8,000 untuk dua tiket tersebut masih berbaloi memandangkan dia membayangkan tempat duduk yang ditawarkan adalah lebih baik.

“Saya tengok harga RM8,000 tu rasanya tidaklah mahal sangat tetapi tidak juga murah.

Ain (kanan) tidak kejutan buat suami bertukar menjadi momen lucu.

“Saya bayangkan seat itu mesti best, jadi saya belilah. Disebabkan tak suka sukan F1 itu, Threads saya tak banyak keluar tentang sukan tersebut.

“Sekali saya tengok rupanya tiket itu harga RM2,000 untuk tiga hari. Saya beli sehari RM8,000. Dah terbeli nak buat macam mana kan,” katanya.

Pada 1 Oktober lalu, Ain berkongsi video reaksi suaminya menerima kejutan tiket perlumbaan F1 yang dibeli olehnya.

Pun begitu, reaksi itu bertukar apabila Amirul terkejut mengetahui isterinya membeli dengan harga RM8,000.

 

Artikel Lain