suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 2027, bantu artis tembusi pasaran antarabangsa

Rosmin berpendapat industri muzik Malaysia mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

PERSATUAN Industri Rakaman Malaysia (RIM) menggesa kerajaan memperkukuh sokongan terhadap industri muzik tempatan menerusi Belanjawan 2027 bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi kreatif serta meningkatkan nilai harta intelek muzik negara.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata industri muzik Malaysia mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Industri muzik Malaysia terus berkembang dengan pesat, khususnya dengan pertumbuhan muzik digital dan peningkatan nilai harta intelek muzik.

Rosmin berharap kerajaan memperkukuh sokongan terhadap industri muzik tempatan dalam Belanjawan 2027.

“Kami percaya bahawa dengan sokongan strategik daripada kerajaan, industri ini mampu menyumbang dengan lebih besar kepada ekonomi Malaysia, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia serta membangunkan kandungan muzik yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan kajian impak ekonomi industri muzik Malaysia oleh firma perunding PwC bagi tempoh 2016 hingga 2020, industri itu menjana output ekonomi sebanyak RM19.4 bilion setahun, menyumbang RM531 juta dalam kutipan cukai tahunan dan menyokong purata 111,000 pekerjaan setiap tahun.

Prestasi industri muzik tempatan turut menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan pendapatan tertinggi dalam sejarah pada 2025, iaitu RM428.3 juta, meningkat 17.7 peratus berbanding RM352.4 juta pada tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin harap agihan dana kreatif lebih adil, bantu penggiat baharu...“Bukan hanya tumpu pada yang selesa dan kukuh“

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tiada bajet bikin MV ‘Lembayung Tari’, peminat sanggup kumpul dana RM1 seorang

Peningkatan tersebut didorong terutamanya oleh pertumbuhan penstriman muzik digital dan kutipan oleh Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO).

Sehubungan itu, RIM mencadangkan penubuhan Dana Eksport Muzik Malaysia bagi membantu artis dan syarikat muzik tempatan menyertai acara antarabangsa, memperluas pemasaran digital serta menjalin kerjasama dengan pemain industri luar negara.

RIM bagaimanapun menggesa kerajaan memperkenalkan insentif potongan cukai berganda sebanyak 200 peratus bagi perbelanjaan layak syarikat rakaman, khususnya untuk latihan bakat, pembangunan artis dan penerbitan muzik tempatan.

Menurut RIM, langkah itu dapat menggalakkan pelaburan dalam pembangunan bakat baharu, sekali gus membantu artis tempatan membina kerjaya yang mampan serta meningkatkan daya saing mereka di pasaran serantau dan antarabangsa.

 

Artikel Lain