PENGALAMAN bekerja dengan pengurus yang bersikap tidak profesional membuatkan penyanyi dan pelakon Rezza Shah lebih tegas dalam memilih pasukan yang akan membantu perjalanan kerjaya seninya.Enggan timbul sebarang masalah di masa akan datang, Rezza, 24, juga menetapkan kriteria tertentu mencari individu terbaik untuk bertindak sebagai pengurus. "Saya sudah pernah lalui sebelum ini dan disebabkan itu saya beritahu awal-awal apa yang dimahukan. Biar berterus-terang dan lebih jelas.Perkongsian Rezza di Threads. "Susah kalau kerja dengan pengurus memiliki kriteria yang saya tidak mahukan," katanya ketika dihubungi mStar.Rezza mengulas perkara tersebut susulan satu hantaran yang dibuat di laman Threads miliknya mencari pengurus baharu.Dalam perkongsian tersebut, penyanyi ini juga menegaskan beberapa kriteria yang cuba dielakkan daripada mengisi kekosongan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rezza Shah hati-hati pilih pengurus, enggan pisang berbuah dua kali ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi pengurus, Rezza Shah atur karier seni sendiri... Tak kecil hati orang kata dah ‘sendu’"Tak nak ciri-ciri pengurus yang suka mengumpat, tak amanah, kaki raba dan kaki songlap duit."Kalau ada boleh hubungi. Saya kerja nak cari makan untuk keluarga dan meneruskan kehidupan," jelasnya dalam hantaran berkenaan.Bercakap tentang hasratnya mencari pengurus baharu, Rezza juga mengharapkan individu berkenaan dapat membantu mengatur jadual kerja selain mempromosikan dirinya dengan lebih baik.Rezza telah menyusun pelbagai perancangan dalam perjalanan kerjaya. "Buat masa sekarang saya ada pengurus yang bekerja sambilan. Jadi saya mahukan seseorang yang bekerja sepenuh masa dan boleh fokus untuk 'jual' diri saya dari segi nyanyian dan lakonan."Ada beberapa perancangan yang saya mahu lakukan nanti, jadi perlu ada seseorang supaya kerja lebih sistematik."Apabila menguruskan kerjaya sendiri, ada ketika saya juga terlepas peluang dan tawaran kerja. Rasa rugi jika kerjaya tidak diuruskan dengan baik," jelasnya.