MEMBAWA pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, aktres muda Zarra Zhaff sendiri tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya. Lebih membanggakan buat Zarra atau Ezarra Nurzhaffira, 14, dia berjaya menewaskan nama-nama pelakon yang lebih berpengalaman. Malah, trofi tersebut juga sebagai bukti populariti bukan kayu ukur untuk dipilih sebagai yang terbaik. Zarra akui tidak menyangka memenangi anugerah tersebut. “Tak sangka boleh kalahkan pelakon senior dan berbakat. Saya tak tahu saya pun berbakat macam mereka. “Gembira dapat membuka mata bahawa populariti bukan kunci kemenangan. Saya rasa apabila dah popular barulah akan menang sebab dah lama dalam industri,” katanya. Zarra memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya membawakan watak Puteh dalam filem arahan Shamyl Othman berjudul Khadam. ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35 ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khadam’ raih 12 pencalonan FFM35, pengarah Shamyl Othman harap penulis skrip dan komposer bawa pulang trofiBiarpun masih baharu dan muda, lakonan hebat Zarra berjaya menewaskan calon lain iaitu Datin Sofea Jane (Malam Terlarang), Sara Ali (Libang Libu), Pearly Chua (Mother Bhumi) dan Azira Shafinaz (Tarung: Unforgiven). Trofi tersebut juga menjadi pembakar semangat buatnya terus menerima lebih banyak tawaran berlakon filem. “Perjalanan saya masih panjang. Saya harap dapat berlakon lebih banyak filem dan menang lebih banyak anugerah,” ujarnya. Zarra membawakan watak Puteh dalam filem tersebut. Pada masa sama pelakon ini juga sedia menerima pelbagai cabaran watak dalam lakonan di masa akan datang. Menjadikan pelakon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai idola, Zarra juga berani mencuba watak sebagai pelakon aksi. “Saya mahu cuba berlakon aksi. Memang tidak ada asas seni pertahan diri, tetapi saya mahu cuba,” kongsinya.TONTON VIDEO PILIHAN!