suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri berkorban tanggung nafkah keluarga RM7,000 sebulan, hati mula ‘mati’ saat suami ‘membatu’ enggan bayar bil makan di restoran

Kebanyakan isteri dibebani masalah kewangan dan urusan anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa penat apabila terpaksa menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk nafkah keluarga walaupun mempunyai suami.

Tidak hanya terpaksa menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga, wanita itu mendakwa dia juga terpaksa menguruskan kerja rumah dan anak-anak.

Bebanan itu katanya membuatkan dia merasa seolah-olah seperti ibu tunggal kerana sikap pentingkan diri suami.

Pertelingkahan antara pasangan boleh berlaku disebabkanmasalah kewangan. -Gambar hiasan AI

Pertelingkahan antara pasangan boleh berlaku disebabkan  masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

"Aku isteri yang bekerja dan kami tidak pernah berbincang apa-apa (mengenai tanggungjawab) dan kesudahannya ini yang aku tanggung sekarang.

"Pinjaman peribadi, sewa rumah RM500 yang ditolak gaji sebab duduk kuarters, bil utiliti, barang dapur, pengasuh dan keperluan tiga anak," luahnya di Threads.

Menurutnya, jumlah keseluruhan belanja yang dikeluarkan sekitar RM7,000 sebulan.

Memperincikan sumbangan suaminya pula, lelaki terbabit didakwa hanya membayar bil internet berjumlah RM130 selain separuh penggunaan minyak kereta serta penyelenggaraan kenderaan.

  • Isteri mendakwa mengeluarkan sekitar RM7,000 sebulan termasuk pinjaman peribadi dan belanja keluarga.
  • Suami membayar internet, berkongsi kos petrol serta menanggung pembaikan kereta.
  • Wanita terkilan suami sering berdiam diri apabila tiba masa membayar makanan.
  • Urusan rumah dan anak-anak turut digalas selepas pulang bekerja.
  • Netizen menyarankan wanita itu bertegas mengenai tanggungjawab nafkah suami.

Namun hati sebagai isteri terluka apabila suaminya hanya 'membatu' di meja makan sehingga dia perlu membuat pembayaran ketika mereka keluar makan bersama.

"Makan? Kadang-kadang dia bayar tapi biasanya aku. Kenapa aku? Sebab dia akan duduk diam waktu nak bayar.

"Aku nak cepat, aku bayar. Kenapa tak suruh dia bayar? Dah suruh tapi dia buat muka," ceritanya lagi.

Jelasnya lagi, dia juga pernah menyuarakan mengenai nafkah namun mendakwa suaminya hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bertegas mengenai soal nafkah.

"Jangan bagi tahu kewangan kita pada suami supaya dia akan berusaha untuk memenuhi segala keperluan rumah.

"Kalau dah begitu gayanya, lebih baik pergi ke mahkamah je, dah memang awak mampu tanggung semua buat apa hidup dengan jantan tak guna," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain

Khadam menang besar FFM35