DALAM sesebuah rumah tangga, soal pengurusan kewangan menjadi antara perkara yang perlu dibincangkan secara terbuka agar tidak menimbulkan salah faham atau rasa tidak puas hati.Bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja, pembahagian tanggungjawab kewangan juga perlu dipersetujui bersama supaya beban dapat dipikul secara adil. Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa suaminya sering mengambil kesempatan terhadap dirinya meskipun memberikan nafkah setiap bulan."Husband aku ni bagus. Tiap-tiap bulan dia bagi nafkah memang tak pernah miss. Tak banyaklah, RM1,000.Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. -Gambar hiasan AI"Alhamdulillah... tapi dia punya feeling macam bagi RM10,000," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Bagaimanapun menurut wanita itu, suaminya sering meminta dia membayar pelbagai perbelanjaan dengan alasan sudah menerima nafkah bulanan."Dengan RM1,000 itulah nanti dia cakap, awak bulan ni tolong bayarkan itu, bayarkan ini."Sudahlah setiap minggu dia ajak pergi makan, aku juga yang bayar," dakwanya.ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukurARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami bentang bajet lepas nikah, hanya sedia beri ‘all in’ RM500 sebulan termasuk nafkah… Hutang rumah isteri bayar penuhMalah, wanita itu turut berkongsi satu kejadian yang berlaku ketika mereka menikmati makan malam di sebuah restoran."Malam tadi dah order kedai tomyam, tiba-tiba dia pergi top up order kedai sebelah."Aku sound dia. Food kedai sebelah awak belanja. Saya bayar yang ini je. Terus dia buat muka," ceritanya.Menurut wanita itu, suaminya memperoleh gaji bersih sekitar RM7,000 sebulan.Dia turut menjelaskan wang nafkah RM1,000 itu adalah untuk kegunaan peribadi, namun pada masa sama dia turut menyumbang RM3,000 setiap bulan bagi membantu membayar perbelanjaan isi rumah.Seorang wanita mendakwa suaminya sering mengambil kesempatan walaupun memberi nafkah RM1,000 setiap bulan.Suami didakwa kerap memintanya membayar pelbagai perbelanjaan termasuk makan di luar.Wanita itu turut menyumbang RM3,000 sebulan untuk membantu menampung perbelanjaan isi rumah.Menurutnya, suaminya memperoleh gaji bersih sekitar RM7,000 sebulan.Netizen yang berpendapat nafkah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membebankan isteri dengan perbelanjaan lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"RM1,000 tu untuk saya seorang sebab saya bagi dia RM3,000 setiap bulan untuk tolong bayar expenses household."Itu namanya ambil kesempatan. Tak boleh tengok isteri ada duit," luahnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya berpendapat suami tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap isteri hanya kerana wanita itu turut mempunyai pendapatan sendiri."Dia bukan bagi nafkah tu kak. Dia suruh pegangkan je duit RM1,000 dia tu kak."Nafkah bermaksud awak punya sis, milik awak dan hak awak. Dia tak boleh usik. Ni bukan nafkah, ni lebih kepada tolong pegangkan duit dia," demikian komen netizen.