DEMI tanggungjawab terhadap pelajar, seorang guru sanggup mengetepikan kesihatan dan hadir ke sekolah untuk mencurahkan ilmu buat anak bangsa.Namun, alangkah sedihnya hati apabila pengorbanan tersebut sama sekali tidak dihargai. Demikian kisah dikongsikan seorang guru ini apabila mendakwa menjadi bahan ejekan pelajar selepas menggagahkan diri hadir mengajar walaupun mengalami kecederaan pada kaki."Titik terendah seorang guru untuk aku tahun ini. Aku jatuh bilik air. Terus kaki tak boleh lurus. "Aku kuatkan diri untuk ke sekolah. Tak ambil cuti sakit dan jumpa doktor," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!ARTIKEL BERKAITAN: “Petang nanti jadi keeper tau” - Lawak tak kena tempat, cikgu tahan marah kena ‘bodyshaming’... Sedih anak murid tiada adabMenurutnya, keputusan itu dibuat kerana pelajar sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan percubaan."Satu sebab, aku tak nak tertinggal untuk mengajar. Banyak kerja-kerja belum siap. Fikir dah nak trial, kesian budak-budak," luahnya.Salah satu cara menghormati guru adalah dengan memberi tumpuan ketika pembelajaran. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, apa berlaku selepas itu benar-benar mengecewakan apabila dia mendakwa diejek sekumpulan pelajar yang mentertawakan cara dia berjalan dalam keadaan tempang."Anak murid yang aku ajar, mengejek cara aku berjalan tempang. Sambil ketawa dengan kawan-kawan. Aku baru je keluar dari kelas dia," luahnya.Insiden tersebut membuatkan guru berkenaan tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata."Aku menangis. Ke aku terlalu ikut perasaan?" soalnya, mengakhiri perkongsian yang mengundang rasa simpati dalam kalangan warga maya.Seorang guru cedera selepas terjatuh di bilik air, namun tetap hadir mengajar kerana enggan abaikan tanggungjawab.Dia tidak mengambil cuti sakit kerana bimbang pelajar tercicir menjelang peperiksaan percubaan.Namun dirinya diejek dan ditertawakan oleh pelajarnya sendiri kerana berjalan tempang.Insiden itu membuatkannya sangat sedih sehingga mengalirkan air mata.Warga maya mengecam sikap pelajar berkenaan dan menggesa ibu bapa menerapkan nilai hormat terhadap guru sejak kecil.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-rata warga maya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelajar berkenaan dianggap kurang beradab lebih-lebih lagi terhadap seorang pendidik.Dalam pada itu, ada berpendapat ibu bapa sewajarnya memainkan peranan lebih besar dalam menerapkan nilai hormat terhadap orang lain terutamanya guru sejak kecil."Bertabah ya cikgu. Begitulah generasi yang kita hadap sekarang."Bangkit sis. Mereka murid, awak cikgu. Beri mereka pengajaran."Kau nak gelak-gelakkan cikgu memang tak berkatlah hidup kau!" komen sebahagian netizen.