suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarif Ghazzi buat laporan polis, lantik peguam susulan dakwaan salah laku

Zarif sudah membuat laporan polis susulan dakwaan salah laku di set penggambaran drama.

PELAKON Zarif Ghazzi mengambil langkah perundangan bagi menangani dakwaan salah laku yang dikaitkan dengannya apabila satu laporan polis sudah dibuat selain melantik peguam untuk mendapatkan nasihat lanjut berhubung isu berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dihantar pengurusannya kepada mStar pada Rabu, yang turut menegaskan bahawa Zarif menafikan sekeras-kerasnya segala dakwaan terhadap dirinya itu.

Menurut kenyataan tersebut, pelantikan peguam itu bertujuan meneliti tindakan perundangan yang sewajarnya susulan dakwaan berkenaan.

Zarif berharap dakwaan dibuat disertakan dengan fakta dan bukti.

"Untuk makluman, Zarif dengan tegas menafikan segala dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadap dirinya. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan sebarang perbuatan seperti yang didakwa dan kekal dengan pendirian tersebut.

"Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pengurusan Zarif turut menegaskan mereka memandang serius isu berkenaan dan sentiasa menjunjung tinggi prinsip profesionalisme, rasa hormat serta keselamatan setiap individu dalam industri seni dan hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasi

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sambut baik tindakan Global Station mahu siasat dakwaan, mohon maaf guna bahasa kasar

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat setiap dakwaan perlu dinilai secara adil berdasarkan fakta dan bukti relevan tanpa membuat sebarang kesimpulan awal.

Orang ramai termasuk pihak media juga diminta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi sehingga boleh menjejaskan reputasi, maruah dan hak mana-mana individu terlibat.

"Kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu proses siasatan.

“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya. Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian," jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Puteri Balqis mendedahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong dan sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.

Zarif menafikan segala dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurutnya, dia terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan berjumpa pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan.

Meskipun tidak menyebut nama individu terbabit, pendedahan itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkannya dengan Zarif atau nama sebenarnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22.

Spekulasi itu timbul susulan kedua-dua mereka membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang kini sedang disiarkan menerusi platform penstriman iQIYI.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain