PELAKON Puteri Balqis menyambut baik tindakan produksi Global Station yang mengambil serius dakwaan gangguan dibangkitkannya sebelum ini.Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, berkata pihak produksi sudah memaklumkan kepadanya bahawa siasatan akan dijalankan berdasarkan keterangan saksi yang terlibat. Malah, dia turut memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar ketika meluahkan emosinya sebelum ini dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya itu.Aqish harap isu ini dapat diselesaikan segera. "Pertamanya, saya ingin memohon maaf atas kekasaran bahasa sebelum ini dalam menyampaikan emosi."Saya minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan itu. Saya menerima berita daripada Global Station dan bakal menjalani siasatan berdasarkan saksi yang ada."Terima kasih kepada pihak produksi kerana memandang isu ini dengan serius," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasi ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak perlu ikut cara artis lain untuk nampak classy” - Puteri Balqis dah biasa hadap ‘haters’Puteri Balqis berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Selasa. Dalam pada itu, Puteri Balqis berharap individu yang menjadi saksi kepada kejadian berkenaan dapat memberikan keterangan secara jujur berdasarkan apa yang dilihat dan diketahui mereka.Menurut Puteri Balqis, dia juga tidak akan mengubah sebarang kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini meskipun berdepan keraguan orang ramai."Saya harap saksi akan bercakap benar dengan apa yang mereka lihat dan tahu. Saya harap saksi akan bercakap benar dengan apa yang mereka lihat dan tahuPUTERI BALQIS PELAKON"Saya tidak akan mengubah segala kenyataan yang dibuat sebelum ini. Terima kasih kepada pihak produksi kerana mempercayai meskipun orang ramai sangsi kepada saya."Saya harap siasatan dibuat akan mengemukakan kebenaran dan keadilan," ujarnya.Sebelum ini, Puteri Balqis mendedahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong dan sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.Pendedahan Aqish yang menjadi bualan ramai. Menurutnya, dia terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan berjumpa pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan.Untuk rekod, Puteri Balqis membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Zarif Ghazzi, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Datuk Seri Eizlan Yusof.TONTON VIDEO PILIHAN!