suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syifa Melvin mohon maaf, akui silap buat ‘live’ aibkan bekas adik ipar

Syifa mohon maaf secara terbuka.

PELAKON Syifa Melvin tampil membuat permohonan maaf susulan video tular dia dan adik-beradiknya melakukan sesi siaran langsung sebelum ini.

Mengakui tindakan tersebut satu kesilapan, kata Syifa atau Syifa Athirah Amirol Melvin, 32, kejadian itu juga telah memberi kesan kepada bekas abang iparnya iaitu Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

"Rendah hati dan rendah diri kami mohon maaf atas apa yang jadi. Kami mengaku terlalu emosi sampai buat live sekali gus mengaibkan Shafiq," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Perkongsian Syifa di Threads. 

Dalam perkongsian sama, Syifa turut memohon maaf kepada Shafiq yang merupakan bekas suami kepada Syida Melvin.

Malah, Syifa juga sedar tindakan mereka sebelum ini telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman segelintir pihak.

"Kepada Shafiq, kami minta maaf. Awak pernah menjadi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”

"Kepada netizen, kami terima segala kecaman kerana ini adalah harga yang perlu dibayar," luahnya.

Pada 10 November lalu, kecoh di media sosial apabila Syida membuat sesi siaran langsung mendesak bekas suaminya untuk keluar dari rumah yang didakwa dibeli atas namanya.

Syida ketika itu turut ditemani oleh adik-beradiknya yang lain termasuk Syifa.

Sesi siaran langsung yang tular sebelum ini menjadi bualan ramai. 

Untuk rekod, Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

 

 

Artikel Lain