PELAKON Zaki Azeman meluahkan rasa bengang apabila restoran makanan laut miliknya diceroboh sehingga menyebabkan kerosakan pada kabel peralatan elektrik.Zaki, 32, ketika dihubungi memberitahu dia tidak menolak perbuatan tersebut berpunca daripada kes khianat memandangkan tiada sebarang peralatan yang dicuri. "Penceroboh itu potong kabel dan tidak nampak seperti mahu mencuri. Hanya sedikit bahagian kabel dipotong dan tiada nilai pun. Saya rasa lebih kepada perbuatan khianat.Zaki menunjukkan bahagian kabel yang dipotong. "Orang yang buat pun nampak seperti tahu tentang elektrik, sebab dia potong pada bahagian tertentu sehingga kipas dan lampu tak boleh berfungsi."Saya juga ada terjumpa bungkusan makanan, ada yang kata mungkin perbuatan mistik. Bukan nak terlalu percaya, tetapi saya harus berhati-hati," katanya.Zaki mula menyedari masalah tersebut selepas melakukan lawatan di tapak restoran yang terletak di Kajang, Selangor itu pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zaki Azeman hamil anak kedua, sanggup naik Cameron Highlands sebab mengidam ARTIKEL BERKAITAN: Menangis teringat isteri di rumah, Zaki Azeman sebak sambut Ramadan pertama sebagai suami di hospitalSusulan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis namun tidak merancang untuk mengambil tindakan susulan."Saya tak mahu panjangkan isu ini. Saya anggap ini satu ujian dan perlu lebih berhati-hati."Memanglah tiada kerugian besar, namun saya perlu menampung kos untuk membaiki semula selepas kedai itu siap proses ubah suai," ujarnya.Zaki sebelum ini memuat naik satu video di Instagram miliknya berhubung perkara berkenaan sebagai tanda peringatan kepada pelaku.Zaki menemukan bungkusan makanan di restoran miliknya. Lebih mengecewakan buatnya apabila restoran tersebut belum memulakan operasi namun sudah berdepan dugaan."Sakit hati itu sudah tentu sebab kedai makan saya belum beroperasi lagi tetapi sudah ada kejadian yang tidak diingini."Sebab itu saya muat naik video tersebut sebagai satu peringatan. Saya nak si pelaku itu tahu saya tidak akan berdiam kalau kejadian ini berulang," luahnya.