suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar 16 tahun berdepan tiga pertuduhan insiden serang guru guna kapak di sekolah swasta, dibenarkan jalani pemeriksaan mental

Suspek meluru masuk ke dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pada 21 Oktober lalu.

SEORANG pelajar lelaki berusia 16 tahun berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret pada Isnin susulan insiden seorang guru didakwa dicederakan dengan kapak di sebuah sekolah swasta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Komisioner Saifullizan Ishak berkata, remaja itu hadir ke mahkamah bersama ibu bapanya dan diwakili peguam.

"Tiada pengakuan direkodkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Saifullizan, tiga pertuduhan itu masing-masing berkaitan membawa atau memiliki senjata berjadual, sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya, serta membuat atau memiliki bahan letupan dalam keadaan mencurigakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “This is what you get!” - Pelajar sekolah swasta mengamuk serang guru dalam kelas guna kapak, siap rekod video POV

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya, Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan supaya remaja itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Sentosa mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember.

Terdahulu, remaja itu ditahan pada 21 Oktober lalu selepas polis menerima panggilan berhubung seorang guru yang didakwa cedera ketika cuba merampas objek tajam daripadanya.

Polis turut mendapati remaja berkenaan membawa mercun. -The Star

Artikel Lain