Wanita bergelar ibu tunggal perlu memahami tanggungjawab dan komitmen yang mungkin hadir bersama perkahwinan baharu. -Gambar hiasan AI
KEGAGALAN dalam perkahwinan pastinya meninggalkan pengalaman dan pengajaran tersendiri, sekali gus membuatkan seseorang lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga.Bagi golongan ibu tunggal atau janda, keputusan kembali bergelar isteri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi apabila perlu mempertimbangkan pelbagai perkara termasuk latar belakang bakal pasangan. Seorang wanita berkongsi pengalamannya yang memilih untuk mengelak lelaki berstatus duda ketika mencari pasangan hidup selepas melalui perceraian.Menurut wanita itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman sendiri selain pemerhatian terhadap individu di sekelilingnya yang mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda.Pasangan digalakkan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Dulu masa aku jadi janda, aku memang elak duda. Dia cakap je dia duda, terus aku block."Memang aku elak terus sebab aku dah banyak kali tengok circle terdekat kahwin dengan duda banyak buruk daripada baiknya," kongsinya.Wanita yang mempunyai dua cahaya mata itu mengakui dirinya meletakkan beberapa syarat sebelum menerima seseorang lelaki sebagai pasangan hidup.Baginya, status sebagai ibu tunggal ketika itu bukan alasan untuk mengetepikan kehendak sendiri atau menerima sesiapa sahaja sebagai suami.ARTIKEL BERKAITAN: Selesa kenal duda T20 usia 50 tahun, wanita tersentak diminta ikat peranakan jika jadi kahwin - “Rasa macam dia penting diri”ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana nak dapatkan dia balik?” - Duda gila bayang teringat bekas isteri, menyesal lafaz cerai demi kejar cinta skandal di pejabat"Kalau lelaki itu terima segala 'permintaan' aku maksudnya dia jodoh aku. Jika sebaliknya, jalan terus je."Kena siasat background lelaki tersebut. Jadi akhirnya kahwinlah aku dengan (lelaki) bujang," ujarnya.Namun wanita tersebut menjelaskan pandangannya itu bukan bermaksud semua lelaki berstatus duda mempunyai perangai buruk atau tidak layak dijadikan suami."Ramai je duda baik. Cuma itulah bila duda baik, janda dia pula gila. Dah satu hal nak kena hadap nanti. Belum cerita bab anak lagi. Serba tak kena.Seorang wanita yang pernah bercerai berkongsi pengalamannya mengelak lelaki berstatus duda ketika mencari pasangan hidup.Keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian terhadap perkahwinan orang sekeliling.Wanita yang mempunyai dua anak itu turut menetapkan beberapa syarat sebelum menerima lelaki sebagai suami.Dia akhirnya memilih untuk berkahwin dengan lelaki bujang selepas meneliti latar belakang bakal pasangan.Dia menasihatkan ibu tunggal supaya lebih berhati-hati memilih pasangan dan tidak terburu-buru untuk berkahwin semula.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi untuk ibu tunggal, jika nak kahwin baru, bukan soal lambat ke cepat tau. Tapi pilihlah baik-baik," akhirinya.Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.Ada bersetuju bahawa golongan ibu tunggal perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu, terutama apabila keputusan tersebut turut melibatkan masa depan anak-anak.Tidak kurang juga ada berpendapat status seseorang lelaki sama ada bujang atau duda bukanlah ukuran utama, sebaliknya sikap dan tanggungjawab perlu menjadi keutamaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.