suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Macam mana nak dapatkan dia balik?” - Duda gila bayang teringat bekas isteri, menyesal lafaz cerai demi kejar cinta skandal di pejabat

Tiada wanita yang sanggup melihat rumah tangganya musnah disebabkan orang ketiga. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meraih perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati serta rasa penyesalan menceraikan bekas isterinya.

Dalam hantaran tular itu, dia mengaku tersilap langkah selepas rumah tangganya musnah gara-gara hubungan sulit di tempat kerja.

Menurut lelaki itu, kehidupannya bersama isteri baharu yang juga rakan sekerjanya tidak seindah disangka, malah ia tidak mendapat restu keluarga.

Photoshoot for story on sexual harassment. AZMAN GHANI / The Star

Skandal di tempat kerja boleh menjadi punca pergolakan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Aku rindu bekas isteri. Kami bercerai dua tahun lepas sebab aku nak kahwin dengan rakan sekerja. Masa tu, aku rasa rakan sekerja sangat faham perasaan aku.

"Tapi sekarang dah masuk dua tahun, aku tetap sayang dan rindu bekas isteri. Aku baru sedar yang selama ini dia banyak berkorban dan pendam. Kantoi macam-macam pun dia sabar dengan aku.

"Bekas isteri aku seorang yang tenang tapi tegas. Pandai kawal emosi. Berbeza dengan isteri baru aku. Keluarga pun tak suka sebab anggap dia perampas," luahnya.

  • Lelaki mengaku ceraikan isteri untuk berkahwin dengan skandal pejabat.
  • Keluarganya tidak suka isteri baharu itu kerana dia dianggap perampas.
  • Selepas dua tahun bercerai, dia masih gila bayang terhadap bekas isterinya.
  • Lelaki itu menyesal dengan keputusannya dan berharap dapat undur masa.

Ringkasan ini dijana oleh AI

Menurut lelaki itu lagi, dia bukan sahaja menyesal dengan keputusannya malah berharap ada keajaiban agar dapat kembali ke masa lalu demi memperbaiki kesilapan dilakukan. 

"Aku cuba hubungi bekas isteri, tapi dia jarang respon. Kalau ada pun hanya sepatah dua kata. Macam mana aku nak dapatkan dia balik? Kalau la boleh putar masa," ujarnya lagi.

Luahan di laman sosial X itu mengundang puluhan komen netizen yang rata-ratanya menyelar lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pun boleh kena cerai!” - Wanita lupa diri, tergamak hasut geng isteri putuskan hubungan suami dengan mentua

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masak

"Harapnya bekas isteri kau jumpa pengganti yang seribu kali ganda lebih baik. Tak guna nak menyesal.

"Menggelabah cari bekas isteri. Masa bercinta dengan skandal, sikit pun kau tak ingat jasa dia.

"Dah ludah lepas tu nak jilat balik? Dulu kau jemu, tak ada selera, tapi sekarang kau gila bayang," tulis netizen.

Artikel Lain