MINGGU ketiga program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan tiada peserta yang tersingkir. Ini bermaksud kesemua peserta berjaya ke minggu keempat yang membawakan tema Life Jacket. Penyanyi yang berjaya menduduki tangga teratas ialah Zahid dan akan membawakan lagu Sekadar Di Pinggiran pada minggu depan. Zahid diumumkan sebagai peserta dengan markah tertinggi. Ia diikuti Stacy yang bakal menyanyikan Purnama Merindu, Akim (Mahakarya Cinta), Mila (Sampai Bila) dan Ara (Tiada Tangis Lagi).Sementara itu Mawi bakal menyanyikan lagu Suci Dalam Debu, Vince (All Of Me), Faizal (Selingkar Kasih), Shahir (Purnama) dan Felix (Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta). ARTIKEL BERKAITAN: Hazama dedah alasan tidak sertai GV Fantasia... Isu jadual bukan sebab merajuk ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari masih terima undangan pentas ketika bertanding GV Fantasia, gementar bersaing penyanyi seniorDi tangga tiga terbawah pula ialah Farah dengan lagu Samar Bayangan, Firman (Semalam Yang Hangat) dan Faizul mendapat tempat terendah dan bakal membawakan lagu Itu Kamu. GVF dijurikan oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat. Program yang dihoskan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad itu berlangsung secara siaran langsung di Astro Ria pukul 9 malam.TONTON VIDEO PILIHAN!