suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pakai niqab pun kena kacau” - Wanita dedah perangai miang Pak Arab ketika di Madinah, berani cuit tangan walaupun suami di sebelah

Meskipun berniqab, seorang wanita tetap berdepan gangguan daripada individu tidak dikenali ketika di Madinah. -Gambar hiasan AI

PELUANG menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sepatutnya menjadi perjalanan penuh ketenangan dalam usaha seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Namun pengalaman berbeza dilalui seorang wanita ini apabila dia mendakwa kerap diganggu lelaki Arab sehingga menimbulkan rasa kurang selesa ketika berada di Madinah.

Meskipun tampil mengenakan niqab namun dia berasa pelik masih berdepan situasi menakutkan bila mana sering didekati lelaki tidak dikenali yang sengaja menghimpit untuk bersentuhan dengannya.

Meskipun berniqab, wanita masih berisiko diganggu individu lelaki tidak dikenali ketika menunaikan umrah. -Gambar hiasan AI

"Stres dekat Madinah sebab asyik kena kacau dengan Pak Arab menggeletis.

"Dah pakai niqab pun kena kacau, saja nak jalan himpit-himpit tepi kita," luahnya menggambarkan rasa tidak selesa dengan sikap segelintir lelaki tempatan.

Tambahnya, ada individu sengaja mengambil kesempatan ketika dia berjalan di kawasan sesak seolah-olah mencari peluang untuk melakukan gangguan fizikal.

Menceritakan kejadian lain, dia mendakwa seorang lelaki cuba mengambil kesempatan dengan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa stres apabila mendakwa kerap diganggu lelaki tidak dikenali ketika berada di Madinah sepanjang mengerjakan ibadah umrah.
  • Meskipun berniqab, dirinya kerap kali dihimpit dan mengalami gangguan fizikal ketika berjalan di kawasan awam.
  • Ada individu didakwa sengaja mengambil kesempatan ketika berada di kawasan sesak, termasuk cuba menyentuh tangannya dengan alasan mahu bersalaman.
  • Wanita itu menegaskan dia bukan berjalan seorang diri, malah suaminya turut berada bersama ketika kejadian berlaku.

"Salah sendiri tak pakai niqab, cari peluang nak cuit-cuit tangan kita. Siap hulur tangan nak salam," ujarnya.

Bagaimanapun wanita itu menegaskan dia bukan berjalan seorang diri malah suaminya turut ada bersama ketika kejadian tersebut berlaku.

"Setakat ini sudah dua ke tiga kali kejadian saya terkena sepanjang berada di sini dan untuk pengetahuan suami pun ada sekali dan saya tidak berjalan seorang diri.

"Muka saya 'awam' dan tak kurus mana. Jika tak percaya boleh skrol komen dekat bawah. Ramai je senasib, mereka semua tahu saya orang Malaysia," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut Allah, bekas mutawif dedah sisi gelap agensi umrah… Berani ‘heret’ jemaah lebih kuota, 12,000 satu musim!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”

Di ruangan komen rata-rata netizen tampil berkongsi pengalaman serupa apabila turut diganggu lelaki miang ketika berada di Tanah Suci.

"Pak Arab dekat sana memang bahaya, saya pernah kena raba dekat punggung masa sibuk membeli dalam kedai. Pelik tiba-tiba rasa ada tangan menjalar rupanya Pak Arab tua!

"Memang ada jenis suka meraba-raba tak kira perempuan itu berbadan besar atau kecil. Kena nasib tak baik, dia akan sengaja sondol," antara komen netizen berkongsi pengalaman.

Artikel Lain