suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sweet Qismina tak lupa jasa ibu Elfira Loy... “Kalau bukan sebab aunty, saya tiada di sini”

Ibu Elfira banyak membantu Sweet dalam industri.

PELAKON Sweet Qismina meluahkan rasa sedih menerima berita pemergian ibu kepada Elfira Loy iaitu Allahyarham Filzah Yusoff yang merupakan salah seorang insan penting dalam membentuk karier seninya.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, memberitahu arwah bukan sekadar sahabat rapat kepada ibunya iaitu Misnah Atan, malah turut membantu dirinya melangkah ke dalam industri hiburan dua dekad lalu.

"Keikhlasan hati Aunty (gelaran buat Filzah) yang membawa kami dalam dunia seni. Ya, dia ialah ibu kepada Elfira Loy. 

Hantaran Sweet di Instagram miliknya. 

"Kalau bukan sebab Aunty ajak mama pergi uji bakat teater 20 tahun lepas, Sweet tak ada kat sini. Saya masih ingat lagi mama pergi tanya Aunty macam mana nak masuk industri, dan Aunty kongsi semua yang dia tahu kepada kami," luahnya di Instagram pada Ahad. 

Tambah Sweet, arwah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk menjadi seorang insan seni yang berjaya. 

"Kebaikan Aunty tak ada orang boleh ganti. Kami tidak akan pernah lupa dan akan sentiasa ingat. Terima kasih Aunty Filzah untuk nasihat yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Elfira Loy meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy mohon doa, ibu ditidurkan sejak 14 hari lalu... “Mama akan menjalani prosedur besar“

"Saya kagum dengan Aunty dan mama. Dua insan wanita yang kuat untuk membesarkan anak-anak mereka. 

"Terima kasih kerana jadi penguat mama masa nak membesarkan anak-anak dan terima kasih kerana tak pernah lupa kami," ujarnya. 

Untuk info, Filzah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.

Ibu Elfira disahkan meninggal dunia pada Ahad. 

Berita duka itu dikongsikan oleh Elfira menerusi hantaran di Instagram Story miliknya dan memohon orang ramai menitipkan doa dan bacaan surah al-Fatihah buat Allayarham ibunya.

Pada 28 Ogos lalu, Elfira memohon orang ramai mendoakan ibunya, Filzah Yusoff, 61, yang perlu menjalani rawatan di hospital.

Elfira berkata keluarganya berdepan detik sukar selepas menerima berita mengenai keadaan kesihatan ibunya yang disifatkan amat berat untuk diterima.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia