suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elfira Loy mohon doa, ibu ditidurkan sejak 14 hari lalu... “Mama akan menjalani prosedur besar“

Ibu Elfira (kiri) kini sedang menjalani rawatan di hospital.

PELAKON Elfira Loy memohon orang ramai mendoakan ibunya, Filzah Yusoff, yang kini sedang menjalani rawatan selepas ditidurkan dan menjalani intubasi sejak 14 hari lalu.

Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, berkata keluarganya kini berdepan detik sukar selepas menerima berita mengenai keadaan kesihatan ibunya yang disifatkan amat berat untuk diterima.

"Sejujurnya kami sekeluarga sedang melalui waktu yang sangat sukar. Berita yang kami terima amat berat dan sukar untuk kami semua hadam serta terima.

Elfira (kiri) berkongsi perkembangan terkini ibunya di Instastory.

"Mama telah menjalani intubasi dan berada dalam keadaan ditidurkan sejak 14 hari lalu. Hari ini (Isnin), mama akan menjalani satu prosedur besar.

"Kepada mereka yang mengenali mama, bagi pihak mama, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silapnya, katanya. 

Elfira berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak minat berlakon, terpaksa pendam perasaan mahu bantu ringan beban ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki dapat jemputan kali kedua, impian Elfira Loy mahu tunai haji bersama ibu tercapai

Dalam pada itu, Elfira turut meminta mereka yang mengenali ibunya agar memaafkan segala salah dan silap Filzah jika masih ada perkara yang terbuku di hati.

"Jika ada apa-apa yang masih tersimpan di hati, saya mohon maafkanlah mama. Jika ada apa-apa yang ingin disampaikan, anda sentiasa boleh menghantar mesej kepada saya.

"Saya mohon semua mendoakan mama. Doakan semoga prosedur ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan dan mama kembali pulih seperti sediakala.

Elfira memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat ibunya. 

"Kami masih berpegang kepada harapan dan doa. Terima kasih kepada semua atas kasih sayang, doa dan pengertian yang diberikan," katanya. 

Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi. 

Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan prosedur itu berjalan lancar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk