suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gandingan ‘KES‘ makin teruk dikecam, Keanu Azman rayu netizen jangan persenda Raja Azura

Keanu (kiri) mohon diberi peluang untuk menunjukkan keserasiannya bersama Raja Azura.

PENGACARA Keanu Azman memohon orang ramai agar tidak memberikan kecaman terhadap rakan gandingannya, Raja Azura, susulan pengacaraan mereka dalam program realiti hiburan Kilauan Emas Selebriti (KES).

Keanu atau Mohamad Keanudin Mohamad Azman, 29, berkata Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku sudah memberikan yang terbaik, meskipun terdapat usaha yang dilakukan di sebalik tabir yang tidak diketahui orang ramai.

"Guys, tolonglah jangan terlalu berkasar dengan Kak Engku. Dia dah banyak berusaha yang orang tak nampak. 

Perkongsian Keanu yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Kami dah cuba, memang betul-betul cuba. Tapi baru minggu pertama kan. 

"Insya-Allah, selepas ini kami berdua akan ada ikatan dan keserasian yang lebih baik," katanya. 

Keanu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Kak Engku” - Keanu Azman akui banyak kelemahan, pertama kali mengacara program besar

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Azura kebal kecaman, tak suka tengok komen netizen

Dalam pada itu, Keanu berharap orang ramai memberikan ruang kepada mereka untuk memperbaiki keserasian sebagai rakan gandingan.

Menurut Keanu, Raja Azura juga mempunyai perasaan dan tidak seharusnya menjadi sasaran kecaman sehingga dipersenda atau diperlekehkan.

"Percayalah cakap saya. Kak Engku juga seorang manusia yang mempunyai perasaan, jadi janganlah kita keterlaluan sampai mengejek atau memperlekehkan dia, okey? 

"Kita tenang-tenang saja,” ujarnya.

Keanu mendapat perhatian ramai selepas konsert pertama KES pada Sabtu lalu.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Raja Azura bagaimanapun tidak berhasil apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.

Sebelum ini, gandingan Keanu dan Raja Azura dikatakan kurang sesuai kerana disifatkan tidak seimbang sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat 'tenggelam'.

Malah, segelintir netizen turut beranggapan Raja Azura seolah-olah lebih mendominasi ketika mengendalikan program itu sehingga Keanu dilihat kurang mendapat ruang untuk menyerlah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk