DALAM usaha menyokong perkembangan filem, kerajaan Malaysia memberi jaminan ruang lebih terbuka buat penggiat seni tempatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara tersebut memberitahu tujuan tersebut bagi memastikan penggiat seni tidak terikat dalam menghasilkan karya mereka. “Kerajaan ingin menjamin harus ada ruang lebih terbuka supaya penggiat seni tidak tertekan dan terkongkong,” kata beliau. Anwar hadir ke Majlis Perasmian Menara Finas di Sungai Buloh, Selangor pada Isnin. Dari kiri: Teo Nie Ching, Fahmi Fadzil, Anwar, Hans dan Azmir Saifuddin di majlis perasmian Menara Finas.Dalam ucapannya Perdana Menteri turut menegaskan jaminan tersebut seharusnya tidak melanggar batas budaya dan nilai akhlak. “Seperti saya tekan kepada Fahmi (Meneri Komunikasi), perlu ada ruang dalam membicarakan keterbukaan (industri filem). “Bagaimanapun dalam aspek pemerkasaan budaya saya agak berkeras. Saya mahu Malaysia diangkat dengan kekuatan ekonomi dan penguasaan budaya. “Kalau mahu negara ini maju, kita harus menerima kenyataan bahawa khalayak mahukan satu suasana lebih bebas. Bukan bermakna ikut acuan Barat, tetapi acuan Timur itu tidak semestinya aliran neo-konservatif,” ujar beliau. ARTIKEL BERKAITAN: Finas ucap selamat tinggal kepada ibu pejabat lama, operasi penuh di menara baharu mulai 1 OgosARTIKEL BERKAITAN: Finas, MSU meterai kerjasama pintar cungkil pelapis industri kreatifDalam ucapan penutup beliaun turut mengharap operasi di Menara Finas akan terus dapat meningkatlan kualiti filem tempatan. Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Pengerusi Finas, Datuk Dr Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib. Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan puisi oleh Presiden Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin bertajuk Dari Jalan Ampas Ke Persada Dunia. Penyanyi Khai Bahar juga tampil membuat persembahan menghiburkan peminat. Menara Finas kini bertapak di Sungai Buloh, Selangor.Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh penggiat seni termasuk pelakon, pengarah, penerbit dan wakil produksi. Untuk info, Menara Finas mula beroperasi pada 6 Ogos sebagai ibu pejabat baharu agensi berkenaan. Dibangunkan di tapak berkeluasan 5.14 ekar, bangunan ini turut menyediakan kemudahan Dewan Panca Delima, dua studio Sound Stage, Pawagam Digital P. Ramlee berkapasiti 300 tempat duduk, ruang latihan, Mediatheque FINAS, Museum of Moving Image serta Film Vault yang menyimpan sebanyak 81,770 bahan arkib audiovisual negara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube