PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memandang serius dakwaan kewujudan kartel yang mengawal kemasukan filem ke pawagam.Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata sebarang unsur monopoli berisiko menjejaskan persaingan terhadap penerbitan karya tempatan. “Sebolehnya kita tidak mahu ada unsur kartel kerana ia menjurus kepada monopoli. Kita juga enggan ada monopoli dalam lesen Finas, Wajib Tayang atau pengedaran. "Setiap pemain industri perfileman perlu diberi peluang adil tanpa perlu berdepan monopoli pihak tertentu," katanya. Finas akan panggil dan bersemuka dengan wakil pawagam dan para penggiat industri untuk siasat dakwaan kewujudan kartel filem.Azmir ditemui ketika Sesi Libat Urus bersama Finas: Dasar Filem Negara di Menara Finas, Sungai Buloh pada Isnin. Tegasnya setiap pemain industri perlu diberikan peluang selaras dengan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) yang menggalakkan amalan perdagangan secara adil.Pihaknya akan terus memantau dan mengumpul maklumat berkaitan dakwaan kewujudan kartel meskipun masih belum ada sebarang laporan rasmi diterima. “Dalam isu kartel ini, saya akan panggil wakil pawagam, pengedar dan penerbit untuk memastikan tiada satu entiti menguasai keseluruhan rantaian, menjadi pengedar, pelabur, pemilik pawagam dan pembuat filem serentak,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Finas ucap selamat tinggal kepada ibu pejabat lama, operasi penuh di menara baharu mulai 1 Ogos ARTIKEL BERKAITAN: Azmir Saifuddin kekal sebagai CEO Finas, letak empat fokus utamaDalam masa sama pihaknya turut menyenaraikan beberapa cadangan bagi memastikan tayangan filem tempatan di pawagam dapat bersaing secara sihat meskipun dengan kemasukan karya luar. Antaranya adalah pemberitahuan lebih awal tentang kemasukan filem luar negara agar penerbit tempatan dapat merancang jadual tayangan mereka. “Baru-baru ini saya dihubungi seorang penerbit filem Tamil tempatan. Apabila beliau mahu menayangkan filemnya, tiba-tiba ada filem dari India yang masuk lewat hingga mengganggu jadual tayangan. “Di Singapura, mereka menetapkan syarat filem luar yang mahu masuk perlu memaklumkan sekurang-kurangnya sebulan awal supaya penerbit tempatan boleh menyusun jadual tayangan,” ceritanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube