PENYANYI Datuk Ziana Zain meluahkan rasa sedih apabila kedua-dua ibu bapanya, Allahyarham Robiah Abdul dan Zin Abdullah, tidak dapat menyaksikan detik bersejarah ketika dia menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka pada Isnin.Ziana atau Siti Roziana Zain, 58, berkata pengiktirafan tersebut amat bermakna selepas lebih 30 tahun memperjuangkan kerjaya dalam bidang seni, apatah lagi ia diterima daripada negeri kelahirannya. "Alhamdulillah rezeki Allah beri dan selepas 30 tahun kita berjuang dalam bidang seni ini dan akhirnya saya diiktiraf. Ziana (kiri) menzahirkan ucapan terima kasih buat Anuar yang sentiasa memberikan sokongan."Saya berbesar hati kerana diiktiraf oleh negeri kelahiran (Melaka) saya. Saya sangat bersyukur kerana anugerah ini bukan saja menentukan bakti, namun bagi saya apa yang dilakukan ini adalah tanggungjawab kepada peminat dan orang ramai. "Rasa sedih juga kerana kedua ibu bapa saya tak dapat tengok. Itu yang saya sedih," katanya kepada media. Dalam pada itu, menerusi kenyataan di Instagram miliknya, penyanyi lagu Puncak Kasih ini turut merakamkan penghargaan buat adiknya, penyanyi Anuar Zain, yang sentiasa berada di sisinya dan berkongsi detik bersejarah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain dapat gelaran DatukARTIKEL BERKAITAN: "Buat adik saya, Anuar terima kasih kerana sentiasa ada bersama dan berkongsi momen yang begitu bersejarah dan bermakna buat saya. "Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi atas pengiktirafan yang diberikan, Alhamdulillah," ujarnya. Pada Isnin, Ziana menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.Ziana dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.Beliau antara 189 individu yang menerima D.P.S.M dalam istiadat berkenaan, selain penerima daripada pelbagai latar belakang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube