suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dazrin Kamarudin warnakan rambut rona merah, beri petanda kembali aktif berlakon

Penampilan baharu Dazrin dengan rambut warna merah.

SEBAGAI isyarat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan, aktor Dazrin Kamarudin sanggup mewarnakan sebahagian rambutnya dengan rona merah terang.

Bukan kerana memenuhi kehendak watak, sebaliknya kata Dazrin, 38, ia sebagai satu bentuk pemberitahuan kepada orang ramai bahawa perjalanan kerjaya seninya akan kembali menyinar.

"Sudah lama saya mengasingkan diri dalam dunia perniagaan. Tiba masanya untuk aktif semula.

Dazrin terbuka menerima pelbagai tawaran. 

"Warna rambut ini sebagai satu bentuk pemberitahuan bahawa saya akan membuat kemunculan semula untuk fokus kepada diri sendiri. Sudah tiba masanya untuk menyinar semula," katanya kepada mStar.

Menurut Dazrin, perancangan untuk kembali aktif juga mula tercetus apabila semakin ramai peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya.

Dalam masa sama, minatnya terhadap dunia seni tidak pernah padam meskipun kini dia sudah bergelar usahawan berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hidup susah sehingga habis duit simpanan, Dazrin Kamarudin kini berdamai dengan takdir… Bila senang ramai mengaku saudara 

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut tak berubah walaupun janggut mula beruban, Dazrin Kamarudin anggap satu rezeki

"Selama ini mungkin saya terlalu selesa dan lebih menonjolkan perniagaan sehingga lupa untuk memberi tumpuan kepada nama 'Dazrin Kamarudin' sebagai seorang pelakon.

"Sebab lain saya mahu kembali berlakon adalah kerana minat. Peminat juga selalu bertanya tentang kerjaya seni apabila berjumpa atau berbual di media sosial," ujarnya.

Biarpun belum menerima sebarang tawaran, Dazrin yakin peluang untuknya masih terbuka luas.

Dazrin harap kemunculan semula diterima baik peminat. 

Dia bagaimanapun akur dan tidak mahu terlalu memilih watak bergelar hero dalam sesebuah karya.

"Susah kalau nak terima tawaran watak hero sebab saya ada perniagaan. Sukar untuk bahagikan masa. Namun saya percaya watak cameo (penampilan khas) pun akan meninggalkan kesan jika lakonan menjadi.

"Tidak semestinya dahulu saya selalu jadi hero, sekarang pun masih mahu watak yang sama," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain