suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Rocky jadi teladan, Ceddy Ang enggan gopoh kongsi hantaran media sosial - “Jangan beremosi dan terus masuk campur“

Ceddy enggan lagi bergaduh dengan netizen.

PENYANYI dan personaliti media, Ceddy Ang kini lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, terutama selepas beberapa pempengaruh terpalit dengan kontroversi membabitkan dakwaan penderaan haiwan.

Ceddy, 38, berkata, kisah itu menjadi pengajaran buat dirinya supaya tidak terlalu mengikut emosi atau terburu-buru membuat kesimpulan hanya berdasarkan maklumat awal yang diterima.

“Kalau ada kes seperti itu pada masa hadapan, jangan terlalu beremosi dan terus masuk campur untuk komen sebab kita tidak tahu kesannya bagaimana.

Ceddy kini lebih berhati-hati dalam mengulas sesuatu isu.

“Saya pun jenis cepat beremosi, kalau nampak sesuatu kes memang rasa nak masuk campur. Tapi kadang-kadang lebih baik kita pilih untuk bertenang dahulu,” katanya.

Dia turut mengakui budaya provokasi di media sosial semakin membimbangkan apabila sesetengah pengguna dilihat lebih gemar mencetuskan pertengkaran berbanding berbincang secara matang.

Katanya, kewujudan platform seperti Threads membuatkan budaya sengaja mencetuskan kemarahan pengguna semakin sukar dielakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Waktu saya keluar lagu, semuanya senyap” - Ceddy Ang kecewa rakan artis tak bantu promosi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tengok cover tu cantik” - Ceddy terbuka hati beli al-Quran, keluarga tak halang jika mahu peluk Islam

“Sekarang ini, kalau kita tengok Threads contohnya, orang masuk bukan nak berbincang tetapi nak bergaduh sahaja.

“Bagi saya, kalau boleh saya hanya akan hantar apa yang saya rasa perlu. Saya tidak mahu terus sertai rage bait atau bergaduh-gaduh. Ia sangat memberikan tekanan sekarang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ceddy memberitahu dia sudah mengubah cara menangani komen provokasi berbanding sebelum ini yang gemar melayan individu mencetuskan pergaduhan dengannya.

“Dulu, saya memang kaki gaduh. Kalau orang ajak bergaduh, saya akan teruskan perang.

Kalau nak troll saya pun, sekurang-kurangnya ikutlah saya.

CEDDY ANG

PENYANYI/PEMPENGARUH

“Tapi lama-kelamaan saya sedar, orang yang suka bergaduh ini mungkin ada trauma atau isu sendiri yang belum selesai dan perkara itu perlu mereka hadapi dengan pakar terapi.

“Kalau dia nak marah, saya kena telan. Kalau saya tidak boleh tahan, saya akan sekat atau mute daripada semua orang,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dia kini menghadkan ruangan komen di media sosial kepada pengikut sahaja sebagai langkah mengurangkan peluang untuk menjadi sasaran provokasi.

“Sebab itu hantaran saya sekarang hanya pengikut sahaja boleh komen. Kalau nak troll saya pun, sekurang-kurangnya ikutlah saya dan tambah sedikit jumlah pengikut,” jelasnya.

Ceddy kini dalam fasa tenang.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa orang pempengaruh sedang dikenali pasti untuk dikenakan tindakan sivil selepas memfitnah seorang penghantar makanan yang terlibat dalam penangkapan anjing liar dikenali Rocky.

Menurut peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata individu tersebut dipercayai membuat hantaran mengaibkan sehingga mendatangkan ancaman kepada Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain