suria

“Waktu saya keluar lagu, semuanya senyap” - Ceddy Ang kecewa rakan artis tak bantu promosi

Ceddy meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakan artis.

PERSONALITI media sosial, Ceddy Ang, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakan artis yang tidak menunjukkan sokongan selepas dia tampil dengan lagu baharunya berjudul Selangkah.

Menurut Ceddy, 38, terdapat dalam kalangan artis yang sebelum ini memintanya untuk mempromosikan lagu mereka, namun tidak melakukan perkara sama apabila dia kini memerlukan bantuan.

Malah, ada juga yang terus berdiam diri meskipun mengetahui dia sedang rancak berusaha memperkenalkan karya baharunya itu.

Perkongsian Ceddy di Threads miliknya.

Perkongsian Ceddy di Threads miliknya.

“Industri ini memang pelik dengan manusia yang bermacam-macam. Sebelum saya keluar lagu, ada artis yang minta tolong promosikan lagu mereka, pergi showcase mereka dan sebagainya. Saya akan bantu.

“Waktu saya keluar lagu, semuanya senyap, dan saya tahu mereka melihat Instastory sewaktu saya berusaha mempromosikan lagu sendiri.

“Nasib baik saya ada pengikut yang selalu memberi sokongan. Kalau sekadar bergantung kepada individu yang dipanggil ‘rakan artis’ sahaja, mampus,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tengok cover tu cantik” - Ceddy terbuka hati beli al-Quran, keluarga tak halang jika mahu peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya tentang agama tapi kemanusiaan, Ceddy harap perhimpunan aman tingkat kesedaran isu Palestin

Ceddy berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen pada hantaran yang dibuat oleh penyanyi Allen Andersn di Threads.

Dalam pada itu, Ceddy menegaskan bukan semua rakan artis bersikap sedemikian dan menyatakan penghargaan kepada mereka yang ikhlas memberikan sokongan.

“Sudah tentu bukan semua rakan artis sebegitu. Mimifly, Yuna, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Claudia, Noryn Aziz, Ning Baizura dan Ayda Jebat — artis-artis berpengalaman inilah yang memberi sokongan.

“Saya sangat bersyukur. Kepada mereka yang meminta saya memberi sokongan tetapi buat tidak tahu apabila saya ada lagu sendiri, jangan berani minta sokongan daripada saya.

Ceddy tidak pernah berkira untuk memberi sokongan terhadap rakan artis.

Ceddy tidak pernah berkira untuk memberi sokongan terhadap rakan artis.

“Saya akan ingatkan bahawa awak tidak layak mendapatkannya,” ujarnya.

Untuk makluman, Ceddy melancarkan single pertamanya berjudul Selangkah, hasil ciptaan penyanyi dan komposer Amir Jahari.

Lagu tersebut dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada perjalanan hidup, pengalaman peribadi serta cabaran emosi yang dialami Ceddy, di sebalik personalitinya yang sering dilihat yakin dan ceria di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia