suria

Disindir banyak duit tapi tiada cef peribadi, Cik B tunjuk bukti amalan gaya hidup sihat… Siap ada ‘coach’ pantau pemakanan

Cik B mempunyai jurulatih dan cef peribadi untuk memantau pemakanannya.

ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B tampil berkongsi rutin pemakanan selain menjelaskan bahawa dia mempunyai jurulatih peribadi dalam usaha menjaga kesihatan diri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, turut mendapatkan nasihat pemakanan daripada individu tersebut.

Namun, dia menjelaskan tidak pernah bergambar dengan jurulatih yang dikenali sebagai Coach Fikry itu.

Cik B menjawab dakwaan tidak mempunyai cef peribadi untuk memantau sajian yang diambil.

Cik B menjawab dakwaan tidak mempunyai cef peribadi untuk memantau sajian yang diambil.

“Ini adalah coach peribadi saya. Tiada gambar dengan dia, jadi tunjuk tangkap layar sahaja.

“Maaflah ya, gambar tak seberapa ambil pun sebab nak tunjuk coach,” katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi laman Threads miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya! Cik B bermaksud Cik Brader, gurauan sinis buat ramai terhibur... “Lu kan, dekoh derah wa”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B seronok sudah ada kawan perempuan, semakin selesa tonjol sisi kewanitaan

Perkara itu dikongsikan selepas seorang pengguna Threads memuat naik hantaran yang mempersoalkan kemampuan Cik B, yang dikatakan tidak mampu mengupah jurulatih peribadi.

Namun begitu, hantaran berkenaan dipercayai telah dipadam.

Cik B kemudian turut berkongsi perbualannya bersama seorang lagi individu yang dipercayai bertanggungjawab menyediakan makanan hariannya.

“Ini tangkap layar saya dan cef,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji usaha Cik B yang tidak mengambil jalan mudah untuk menurunkan berat badan.

Malah, ada juga yang menjadikan dia sebagai inspirasi ke arah menjalani gaya hidup sihat.

Cik B berkongsi antara menu sihat yang diambil.

Cik B berkongsi antara menu sihat yang diambil.

“Bagusnya Cik B ni tak guna jalan pintas pun nak kurus walaupun banyak duit.

“Take that! Kau (pengguna Threads) ingat Cik B kena kemas kini kehidupan dia dekat kau setiap masa.

“Cik B low profile, tak semua kena tunjuk. Good luck dan good job, Cik B,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia