suria

Peminat puji foto dukung anak, Fazura kongsi amalan gaya hidup sihat… “Saya sudah bersedia awal”

Fazura (kiri) dipuji cekal menjaga anak ketika bercuti ke luar negara.

FOTO pelakon Fazura mendukung cahaya matanya, Nur Fatima Aisya ketika bercuti di luar negara meraih perhatian ramai, apabila aktres berkenaan dipuji tidak kekok menguruskan anak, termasuk mengangkat 'stroller' atau kereta tolak bayi sendiri.

Menyambut baik pujian tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, memaklumkan dia telah mengamalkan gaya hidup aktif sejak usia muda.

Kata Fazura, , rutin senaman yang diamalkannya sejak usia 20-an banyak membantu dari segi kesihatan fizikal, sekali gus memudahkannya menjaga anak dengan baik.

Tindakan Fazura menerima pujian di Threads.

Tindakan Fazura menerima pujian di Threads.

"Aturan Allah cantik dan terbaik. Allah dah atur saya aktif crossfit dan pilates dari umur 20-an dulu. 

"Alhamdulillah saya sudah bersedia sejak awal untuk kesihatan diri sendiri dan untuk jaga anak sebaiknya mudah-mudahan. Amin, terima kasih Allah," katanya. 

Fazura berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen pada sebuah hantaran oleh seorang pengguna Threads yang memuji kecekalannya sebagai seorang ibu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gembira bersama Fatima” - Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa menjauh itu adalah doa-doa saya yang Allah makbulkan” - Nur Fazura

Dalam perkongsian itu turut dikongsi sebuah foto memperlihatkan Fazura sedang mendukung Fatima ketika mereka bercuti di Paris. 

"Tangan sebelah gendong anak, tangan sebelah gendong stroller. 

"Memang patutlah syurga dibawah telapak kaki ibu," tulis netizen. 

Untuk rekod, Fazura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia