suria

Ramai rakan artis beri harapan palsu, Diding Boneng tak mahu mengharap bantuan

Didiang enggan terlalu berharap dengan kata-kata rakan artis yang ingin membantu.

KETIKA berdepan ujian, pelakon veteran Indonesia, Diding Boneng memberitahu ramai rakan artis yang menghubunginya untuk bertanya khabar selain meluahkan hasrat untuk menghulurkan bantuan.

Namun menurut Diding, 76, kata-kata tersebut hanya sekadar ucapan di bibir dan dia sendiri belum menerima kunjungan daripada beberapa rakan artis yang pernah meluahkan hasrat untuk menziarahinya.

Antara nama yang disebut ialah penyanyi Dewi Perssik dan pelakon Opie Kumis.

“Kalau bercakap, ramai yang nak bantu termasuk Perssik. Kata-katanya seperti mahu membantu.

Rumah pusaka Diding musnah akibat hujan lebat. 

“Opie juga cakap mahu datang, tetapi tidak muncul. Akhirnya saya jadi tidak percaya dengan kawan-kawan. Hanya boleh berharap,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon ini mengambil sikap positif dengan enggan berasa kecewa dan percaya semua rakan artis sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

Malah, Diding sendiri mengakui jika dia masih sihat dan diberi kekuatan, pasti dia juga akan lebih memikirkan soal kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati Raffi Ahmad... Bantu bina semula rumah musnah pelakon veteran, beri sumbangan RM12,100 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka hampir 100 tahun milik pelakon veteran roboh, terpaksa tidur di pejabat Rukun Tetangga

“Kalau saya tidak sakit, mungkin saya juga seperti mereka.

“Saya tahu kawan-kawan sibuk. Mereka mengejar rezeki, jadi saya tidak mahu mengharap,” luahnya.

Kisah Diding sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas kejadian rumah pusaka keluarganya di Menteng, Jakarta Pusat runtuh akibat hujan lebat.

Kesihatannya kini juga dilaporkan tidak baik kerana terdedah kepada udara kotor selepas kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia