PELAKON veteran Indonesia, Diding Boneng menerima bantuan daripada aktor, Raffi Ahmad selepas rumah pusaka keluarganya di Matraman, Menteng, Jakarta Pusat runtuh akibat hujan lebat 28 Disember lalu.Terkejut dengan bantuan berkenaan, Diding, 76, mengakui dia tidak pernah menghubungi Raffi secara peribadi berkaitan kejadian tersebut. “Raffi Ahmad tidak berjanji apa-apa dan saya pun tidak maklumkan kepadanya. Tiba-tiba dia hantar orang datang untuk periksa keadaan rumah,” katanya.Rumah Diding runtuh akibat hujan lebat.Selepas meninjau sendiri situasi rumah berkenaan, Raffi tampil menghulurkan bantuan kewangan sebanyak Rp50 juta (sekitar RM12,100).Sumbangan itu diserahkan kepada pihak pengurusan setempat bagi menguruskan kerja pembinaan semula rumah berkenaan.Selain Raffi, Diding turut menerima sokongan daripada rakan-rakan artis walaupun ada antara mereka belum berkesempatan hadir berikutan cuti hujung tahun.Rumah yang hampir berusia 100 tahun itu bakal didiami semula oleh lima keluarga dengan keseluruhan 12 orang.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka hampir 100 tahun milik pelakon veteran roboh, terpaksa tidur di pejabat Rukun Tetangga ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jual, bukan minta sedekah” – Peniaga kacang tepis dakwaan dibantu Raffi AhmadDiding menegaskan tanggungjawabnya sebagai anak dan cucu sulung untuk menjaga serta menempatkan keluarga besarnya itu. Sementara itu, Ketua Rukun Tetangga kawasan berkenaan, Giman memaklumkan kerja pembinaan baharu mencapai sekitar 10 peratus.Katanya, dua bilik sudah siap dibina dengan ketinggian kira-kira tiga meter di atas keluasan tanah seluas 161 meter persegi.Raffi beri bantuan kewangan sebanyak RM12,100 kepada Diding.Menurutnya, rumah lama dirobohkan sepenuhnya sebelum dibina semula menggunakan bahan yang lebih kukuh.Keutamaan ketika ini adalah pemasangan bumbung supaya kerja pembinaan dapat diteruskan walaupun dalam keadaan hujan.Proses renovasi dijangka siap dalam tempoh dua bulan.Rumah baharu itu nanti dirancang mempunyai lima bilik tidur bagi memenuhi keperluan keluarga Diding.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube