suria

Pengurus dedah perangai sebenar bapa Farel Prayoga, masih liat bayar hutang

Isu keluarga Farel kembali menjadi tumpuan ramai.

HUBUNGAN antara penyanyi Indonesia, Farel Prayoga dan bapanya, Joko kembali menjadi tumpuan selepas pengurusnya dikenali sebagai Rais mendedahkan pelbagai isu peribadi melibatkan keluarga artis muda itu. 

Suara melaporkan, Rais mendakwa Joko kerap meminta sebahagian daripada pendapatan Farel semasa persembahan, namun kebelakangan ini permintaan tersebut tidak lagi berlaku.

“Biasanya ada mesej pesanan ringkas atau WhatsApp daripada bapanya yang meminta saya untuk 'transfer' duit dengan pelbagai alasan diberi. Tapi sejak kebelakangan ini sudah tiada," katanya. 

Menurut Rais, Joko mempunyai hutang peribadi kepadanya yang mencecah hampir ratusan juta rupiah dan tidak pernah dilunaskan.

Bapa Farel didakwa menggunakan wang hasil titik peluhnya.

"Cuba awak (Joko) ingat semula, hampir seratus juta kan? (hutang) Rp15 juta, Rp10 juta. Sesen pun tidak pernah dikembalikan. Itu duit saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi video viral di media sosial, Joko memohon agar Rais mendedahkan butiran pendapatan Farel yang didakwa mencecah sehingga Rp10 bilion  (RM2.8 juta).

Kata Joko, sekiranya Rais gagal membuktikan jumlah yang didakwanya, maka kenyataan itu dianggap hanya cakap kosong. 

"Kalau kamu boleh cakap begitu, buktikanlah kata-kata kamu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ragu, kini lebih tenang... Farel Prayoga kongsi kisah bergelar mualaf

Sekiranya kamu tak boleh buktikan kata-kata kamu, bermakna cakap kamu itu kosong," katanya. 

Hubungan antara bapa Farel dan Rais kebelakangan ini semakin tegang.

Semuanya bermula daripada tuduhan Joko didakwa menggunakan hasil titik peluh Farel sehingga hanya tinggal puluhan ribu rupiah sahaja.

Menurut Rais, Farel mempunyai pendapatan sehingga Rp10 bilion (RM2.8 juta), namun hasil kerja keras itu didakwa habis digunakan oleh Joko sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain