PEMAIN biola, Brian King Joseph memfailkan saman terhadap pelakon terkenal Will Smith dan syarikat miliknya atas dakwaan gangguan seksual.Memetik laporan People, Joseph memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi California, Los Angeles pada Selasa terhadap Smith dan Treyball Studios Management, Inc. Menurut dokumen saman, Smith didakwa dengan sengaja memperdaya Joseph bagi tujuan eksploitasi seksual selepas menjemput pemain biola itu menyertai jelajah dunia Based on a True Story: 2025 pada November 2024.Peguam Smith menafikan dakwaan berlaku gangguan seksual terhadap seorang pemuzik.Aduan berkenaan turut memperincikan satu siri kejadian yang disifatkan sebagai traumatik yang didakwa berlaku pada Mac tahun lalu ketika jelajah tersebut sedang berlangsung.Joseph mendakwa, dia mendapati seseorang telah memasuki bilik hotelnya di Las Vegas tanpa sebarang tanda pecah masuk.Antara bukti yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan wujudnya ancaman keganasan berunsur seksual adalah sekeping nota tulisan tangan bertulis, “Brian, I’ll be back… just us,” disertakan lukisan hati dan ditandatangani 'Stone F'.ARTIKEL BERKAITAN: Bau kentut Will Smith buat semua cabut lari, set penggambaran ‘Men In Black’ dikosongkan 3 jamARTIKEL BERKAITAN: Padah tampar Chris Rock atas pentas, Will Smith tak boleh hadiri Oscar 10 tahunSelain itu, beberapa barangan mencurigakan turut ditemui di dalam bilik hotel berkenaan, termasuk tisu pembersih, botol bir, beg galas merah, sebotol ubat HIV yang tertera nama individu lain, sepasang subang, serta dokumen pelepasan hospital milik individu yang tidak dikenali oleh Joseph.Joseph mendakwa dia berasa takut individu tidak dikenali itu akan kembali ke biliknya untuk melakukan perbuatan seksual terhadapnya seperti yang dinyatakan dalam dokumen saman tersebut.Sementara itu, peguam yang mewakili Smith, Allen B. Grodsky menegaskan bahawa dakwaan yang dikemukakan oleh Joseph adalah palsu, tidak berasas dan cuai.Menurutnya, dakwaan tersebut dinafikan sepenuhnya dan pihaknya akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi menangani tuntutan berkenaan serta memastikan kebenaran didedahkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube