suria

Padah tampar Chris Rock atas pentas, Will Smith tak boleh hadiri Oscar 10 tahun

Smith menampar Rock ketika di pentas Oscar baru-baru ini.

GARA-GARA insiden menampar pelawak Chris Rock di atas pentas Oscar, pelakon terkenal Will Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi selama 10 tahun.

Akademi Seni Sains Filem dalam satu kenyataan memberitahu Smith juga dihalang menghadiri mana-mana acara lain yang dianjurkan lembaga akademi itu dalam tempoh sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Will Smith letak jawatan selepas insiden tampar Chris Rock, mengaku khianati kepercayaan Akademi

Bagaimanapun, pihak kemenangan Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard tidak dibatalkan.

“Lembaga Pengarah memutuskan Smith tidak dibenarkan menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara peribadi atau maya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Anugerah Akademi berkuat kuasa 8 April," kata Presiden David Rubin dan Ketua Pegawai Eksekutif Dawn Hudson.

Untuk rekod, pada Anugerah Akademi 2022 yang lalu, Chris Rock membuat jenaka mengenai kepala isteri Smith, Jada Pinkett Smith, yang dicukur botak.

Gurauan itu menyebabkan Smith hilang sabar dan naik ke atas pentas seterusnya menampar Rock.

Kemudian, Smith diumum Pelakon Lelaki Terbaik, ia merupakan Oscar pertamanya untuk peranan utama dalam filem King Richard.

Selepas kelakuannya menerima pelbagai reaksi di media sosial, Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rock dan Akademi.

Pada 29 Mac, Smith mengumumkan untuk menarik diri daripada menjadi ahli Akademi Seni dan Sains Filem.-NEWYORKTIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain