suria

Will Smith letak jawatan selepas insiden tampar Chris Rock, mengaku khianati kepercayaan Akademi

Will Smith akui tindakannya di pentas Oscar tidak dapat dimaafkan. Photo: AFP

SUSULAN kontroversi menampar muka pelawak Chris Rock di pentas Anugerah Oscar minggu lalu, pelakon Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture pada Jumaat.

Menerusi laporan agensi berita Anadolu, Smith menerima semua akibat daripada tindakannya yang dianggap mengejutkan dan sukar untuk dimaafkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Will Smith tampar muka Chris Rock, hilang sabar buat lawak tentang isteri tiada rambut

"Saya sepenuhnya akan menerima sebarang dan semua akibat susulan kelakuan saya. Tindakan saya semasa penyampaian Anugerah Akademi Ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan," katanya dalam satu kenyataan.

Saya sepenuhnya akan menerima sebarang dan semua akibat susulan kelakuan saya.

WILL SMITH

PELAKON

Sebelum ini, Will Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut.

Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock menerusi laman Instagram miliknya dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi.

Dalam pada itu, Smith mengakui dia sudah mengkhianati kepercayaan akademi dan berharap dia dapat menebus semula kesalahannya.

"Saya mengkhianati kepercayaan akademi. Saya menafikan peluang calon dan pemenang lain untuk mereka meraikan dan diraikan atas kerja luar biasa mereka. Saya patah hati.

The digital works, collected under the name Will Smith Slap DAO, show the moment actor Will Smith slaps comedian Chris Rock or his reaction to the joke about his wife's condition with meme text (often cryptocurrency slang) and different border colours. — AFP

Tindakan Smith menampar Rock mengejutkan ramai pihak.

"Saya mahu memberi tumpuan semula kepada mereka yang patut diberi tumpuan atas pencapaian mereka dan membenarkan akademi kembali melakukan kerja luar biasa untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam perfileman," katanya.

Berikutan itu, gabenor lembaga akademi berkenaan mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini bagi memulakan proses semakan formal yang membolehkan Smith berdepan potensi penggantungan atau pemecatan.

Walaupun meletakkan jawatan, akademi masih boleh memilih untuk mengambil semula anugerah Oscar yang diterima Smith bagi kategori pelakon terbaik dalam filem King Richard.

Bagaimanapun, itu tidak mungkin dan tidak pernah berlaku jika terpalit dengan isu kelakuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain