suria

Will Smith tampar muka Chris Rock, hilang sabar buat lawak tentang isteri tiada rambut

Will Smith tampat Chris Rock.

AKIBAT bergurau kasar, pelakon Hollywood, Will Smith akhirnya hilang sabar dan bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock secara ketika siaran langsung Oscars 2022.

Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.

"Jada, saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2," demikian kata Rock.

Namun tindakan Rock yang dianggap keterlaluan itu ternyata tidak disenangi Smith.

"Jangan babitkan nama isteri saya!" jerit Smith dari tempat duduknya.

Rock ketika itu tampil menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik Oscars 2022.

Keadaan memalukan pada acara penuh berprestij itu ternyata membuatkan ramai tergamam memikirkan sama ada ia sebagai gimik atau sebaliknya.

Bagi mengawal situasi berkenaan, Rock berkata apa yang berlaku merupakan sejarah bagi dunia penyiaran televisyen.

"Will Smith baru saja tampar saya. Itulah momen terbaik dalam sejarah televisyen," katanya.

Pada Oscars 2022, Smith memenangi trofi Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard.

Filem berkenaan turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain