suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[VIDEO] Lama menyepi selepas terkait kontroversi, Kim Seon Ho muncul di Thailand... Tetap dikenali walaupun pakai ‘face mask’

Kim Seon Ho muncul di Thailand.

SELEPAS beberapa bulan menyepi, pelakon popular Korea, Kim Seon Ho kelihatan muncul di Thailand.

Menerusi foto-foto yang tersebar, Kim Seon Ho memakai baju Tshirt berwarna putih tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada Khamis.

Kim nampak tenang dengan gaya ringkas sambil menyandang beg berwarna hitam dan memakai topi lebar.

Sementara wajahnya ditutup dengan pelitup muka, bagaimanapun peminat masih mengenali aktor itu.

kim3

Peminat tak lepas peluang bergambar bersama Kim Seon Ho.

Biarpun tidak tahu atas tujuan apa, namun ramai yang menjangka pelakon Hometown Cha Cha Cha itu kini sedang menyiapkan projek filem terbaharunya, Sad Tropic.

Pada 2021, nama Kim Seon Ho menjadi hangat apabila seorang wanita mengaku bekas kekasihnya menuduh pelakon itu memaksa dia menggugurkan kandungan.

Selepas Dispatch mendedahkan perkara sebenar, pandangan awam terhadapnya kembali positif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain