suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalah pilihan raya 2019 tak patahkan semangat, Ahmad Dhani akan kembali bertanding

Ahmad Dhani menyatakan hasrat untuk kembali bertanding Pilihan Raya Indonesia

KOMPOSER yang juga merupakan anggota kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani merancang untuk kembali bertanding sebagai calon dalam pilihan raya Indonesia yang bakal berlangsung pada 2024.

Dia menyatakan hasratnya itu dalam satu temubual seperti dipetik dari Kapan Lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dimarahi petugas lapangan terbang Turki gara-gara tak pakai pelitup muka

“Iya, pasti akan bertanding.

“Tahun 2024 nanti saya akan calonkan diri saya,” katanya.

Bagaimanapun dia belum menyebut sama ada untuk bertanding sebagai calon kerajaan pusat atau sebagai wakit daerah.

Pada tahun 2019, Ahmad Dhani bertanding dalam Pemilihan Ketua Daerah bagi kawasan Bekasi, Jawa Barat.

Walaupun kalah ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam arena politik.

Sementara itu, Ahmad Dhani kini sedang fokus dengan aktiviti seni bersama Dewa 19 yang akan menyambut ulang tahun kerjaya mereka ke-30.

Selain merancang untuk mengadakan konsert di 30 lokasi, Ahmad Dhani juga akan melancarkan lagu baharu berjudul Juliette yang sudah ditulis sejak tahun 2010.

“Sekarang masih 2022, jadi saya sibuk uruskan ulang tahun Dewa 19.

“Lagu Juliette sepatutnya dilancarkan pada tahun 2011. Ketika itu Once bertindak sebagai vokalis.

“Tiba-tiba dia membuat keputusan untuk keluar dan sejak itu Dewa 19 agak menyepi,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia