suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga remaja cedera, bendera perarakan terkena pencawang elektrik bervoltan tinggi

cedera terkena elektrik, bendera tejatuh terkena elektrik, remaja cedera kena elektrik,

TIGA remaja lelaki cedera selepas bendera dibawa ketika Perarakan Tokong Sayur dipercayai terkena talian pencawang elektrik bervoltan tinggi di Alor Setar, Kedah pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, ribuan peserta perarakan berarak di jalan utama di Mergong sebelum bendera yang dibawa dipercayai terkena wayar elektrik.

Setiausaha Persatuan Tokong Sayur Mergong, Chah Boon Chuan berkata bendera dipegang salah seorang remaja itu ditiup angin kencang sewaktu hujan renyai menyebabkan ketiga-tiga remaja terbabit berusia 16 dan dua lagi berusia 17 tahun terjatuh.

Katanya, perarakan pada malam kejadian dilakukan pada hari keempat.

"Setakat ini saya tak tahu keadaan mereka kerana masih dalam zon merah di Hospital Bahiyah (HSB)," katanya.

Tambahnya, batang bendera itu diperbuat daripada buluh dan ia merupakan kejadian pertama berlaku.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan mangsa yang terjatuh di atas jalan mengalami kecederaan dan dibantu peserta perarakan.

Artikel Lain