suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki didakwa terlibat lakukan ritual agama lain ditahan bersama ibu

Individu yang didakwa melakukan ritual agama lain ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan.

LELAKI beragama Islam yang sebelum ini didakwa terlibat melakukan ritual agama lain ditahan pada tengah hari Selasa. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, individu berusia 21 tahun itu ditahan bersama ibunya yang berusia 51 tahun.

"Penahanan dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Shah Alam dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Berdasarkan risikan selepas kes membabitkan OYDS ini tular, JAIS juga dijangka akan memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar pemuda Islam lakukan ritual agama lain! Jais mula siasat, pandang serius isu akidah

Mohd Shahzihan berkata, JAIS memandang serius perkara terbabit dan akan memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, undang-undang dan fakta kes.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan," ujarnya lagi.

mStar sebelum ini melaporkan, JAIS sedang menyiasat hantaran tular di media sosial mengenai seorang pemuda beragama Islam yang didakwa melakukan amalan atau ritual agama lain dipercayai menyalahi hukum syarak.

Artikel Lain