SEORANG guru Pendidikan Islam mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga menyebabkan seorang pelajar maut dan membahayakan nyawa seorang lagi.Pengakuan tersebut dibuat Sakinah Ismail, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan pada Selasa. Kedua-dua pertuduhan itu membabitkan kejadian di kawasan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, kira-kira pukul 1.40 tengah hari pada 12 April lalu.Bagi pertuduhan pertama, Sakinah didakwa menyebabkan kematian Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, akibat perbuatan cuai.Dia turut dituduh dengan cuai melanggar Zara Akhtar Zamzuri, 13, menggunakan SUV Honda HR-V sehingga membahayakan nyawa pelajar terbabit.Pertuduhan dikemukakan masing-masing mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.Dalam rayuan jaminan, peguam memaklumkan tertuduh tidak pernah terbabit dengan sebarang kesalahan dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua kali.ARTIKEL BERKAITAN: Ajal lepas solat Zohor berjemaah… Pelajar maut dirempuh kereta terbabas depan surau sekolahARTIKEL BERKAITAN: Dugaan di usia 57 tahun, guru wanita rempuh pelajar depan surau direman 2 hariMalah tertuduh juga merupakan penerima anugerah guru personaliti terbaik di sekolah tersebut pada tahun lalu dan akan bersara pada 16 November tahun depan.Susulan itu, mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes dan menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula.Untuk rekod, ketika kejadian berlaku, mangsa, Nur Fatimatul Hawa dilaporkan sedang memakai kasut di hadapan surau selepas selesai menunaikan solat zuhur apabila dirempuh SUV yang dipandu guru berkenaan.Menurut siasatan awal polis, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak sehingga kenderaan terbabas lalu melanggar dua pelajar perempuan serta tiang batu surau.Susulan rempuhan berkenaan, Nur Fatimatul Hawa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi pelajar cedera parah. Lebih menyayat hati, arwah yang kehilangan ibu sejak lima tahun lalu dijaga ibu saudaranya bersama tiga beradik lain.Jenazahnya dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gayong pada malam kejadian.