SEORANG guru wanita berusia 57 tahun yang dipercayai merempuh dua pelajar pada Ahad direman selama dua hari.Perintah reman ke atas guru itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd. I’zzat Wan Abdullah pada Isnin. Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Guru itu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kira-kira pukul 8.40 pagi.Sebelum itu, mStar pada Ahad melaporkan seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera parah, dipercayai dirempuh kenderaan dipandu seorang guru yang terbabas di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas dekat Pengkalan Chepa.ARTIKEL BERKAITAN: Ajal lepas solat Zohor berjemaah… Pelajar maut dirempuh kereta terbabas depan surau sekolahNahas pada pukul 1.50 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Jenazah pelajar terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai proses bedah siasat.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, guru itu dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas sehingga terlanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau.