suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada keperluan hukuman mati bagi kes pemandu mabuk - Anthony Loke

Memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke berkata tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Menurut Loke pada Isnin, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika bersesuaian.

“Hukuman mati mandatori sudah pun dimansuhkan. Jadi ini bukan sesuatu yang sedang kita pertimbangkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak nyawa dibalas nyawa” - Isteri Amirul Hafiz mangsa pemandu mabuk tuntut keadilan untuk arwah suami

Loke ditemui media di satu program keselamatan jalan raya di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).

Menurutnya lagi, kerajaan sedang merancang untuk meminda akta tersebut dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan sokongan kepada keluarga mangsa, termasuk mewajibkan pesalah membayar pampasan.

“Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa.

“Jika mereka (pesalah) didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, mereka juga akan bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” katanya. - The Star

Artikel Lain