suria

Pertama kali sertai kejohanan tinju di Dubai, Trisha Ooi menangis kena jaga makan

Trisha sudah lakukan persiapan secukupnya.

PELAKON Trisha Ooi teruja bakal melangkah ke satu lagi cabaran baharu dalam kerjayanya apabila memberanikan diri menyertai kejohanan tinju All Star Championship yang bakal berlangsung di Dubai pada 3 Mei ini.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, berkata penyertaan tersebut merupakan kali pertama di atas gelanggang tinju secara profesional.

Meskipun berdebar menanti hari perlawanan itu, Trisha menganggap peluang berkenaan sebagai satu pengalaman berharga buat dirinya.

Trisha teruja sertai perlawanan tinju buat kali pertama.

“Saya sangat teruja. Ini kali pertama saya berada di atas ring. Menang atau kalah bukan perkara utama, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat merasai pengalaman ini dan memuaskan minat saya dalam bidang tersebut.

“Kami hanya akan bertarung secara selamat dan profesional,” katanya kepada mStar.

Dalam kejohanan itu, Trisha dijangka berdepan peserta dari Indonesia yang dikenali sebagai Dinda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hormat bulan Ramadan, watak berahi Aidil Aziz dan Trisha Oii didakwa keterlaluan… “Mana had batas produksi dan pelakon yang sudah beristeri”

ARTIKEL BERKAITAN: Babak intim dalam kereta hanya teknik kamera, tayangan bulan Ramadan di luar bidang kuasa Trisha Ooi… “Saya hanya jalankan tanggungjawab”

Berkongsi mengenai persiapan, Trisha mengakui sudah melakukan beberapa persediaan rapi, namun cabaran terbesar buat dirinya adalah dalam mengawal pemakanan.

“Cabaran paling besar adalah jaga makan. Saya memang suka makan, jadi kadang-kadang saya sampai menangis sebab tak boleh makan makanan tertentu.

“Bukan sebab latihan sangat, tapi sebab terpaksa kawal diet terutama makanan manis,” ujarnya.

Saya memang suka makanan Western food.

TRISHA OOI

PELAKON

Tambahnya, antara makanan yang paling dirindui ketika ini adalah hidangan barat seperti burger dan pizza.

“Makanan yang paling saya rindukan adalah burger dan pizza. Saya memang suka makanan Western food.

“Kalau habis latihan ini nanti, makanan pertama yang saya nak makan adalah burger dan pizza terlebih dahulu,” luahnya.

Trisha dapatkan latihan dan persiapan yang mencukupi.

Dalam pada itu, Trisha menjelaskan penglibatannya dalam sukan tinju bukan sekadar minat, sebaliknya sebagai langkah untuk meneroka perkara baharu di luar kerjaya lakonan.

“Saya rasa ini adalah minat saya selain berlakon, dan saya mahu orang nampak sisi lain diri saya.

"Menjadi target saya pada tahun ini untuk memperkenalkan diri saya sebagai seorang pelakon aksi semula kerana saya rasa itu adalah jalan saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain