BABAK panas melibatkan pelakon Aidil Aziz dan Trisha Ooi dalam drama bersiri Sujud Terakhir Encik Norman telah mengundang kemarahan netizen. Ini susulan satu adegan memaparkan watak encik Norman lakonan Aidil dan Alisa yang dibawakan Trisha pada episod kelapan yang dikatakan terlalu mesra selain terdapat adegan disifatkan tidak senonoh. Berdasarkan video yang dihantar seorang peminat kepada mStar, Aidil dilihat mempamerkan ekspresi ghairah seakan-akan sedang menerima khidmat seks daripada Trisha.Antara babak yang mengundang rasa kurang senang netizen.Lebih teruk lagi apabila kedua-dua mereka seolah-olah sedang bercium di dalam sebuah kereta, namun adegan berkenaan dikaburkan.Aksi tersebut nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang menyifatkan ia tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan."Okey ke untuk ditayangkan aksi berahi begini? Dah macam filem barat! "Semalam ada adegan asmara di dalam kereta iaitu babak bercium dan Aidil meletakkan badan di atas Trisha.ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditanya keluarga soal jodoh, Trisha Ooi sudah sedia jawapanARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi sanggup tindik kening demi watak, terbuka terima teguran terlalu seksi"Dalam cerita ini kerap ada aksi-aksi panas tapi ini paling menjengkelkan sebab ketika ini drama ini ditonton pada 9 Ramadan dengan keluarga bersama anak-anak kecil. "Mana had batas produksi dan pelakon yang juga sudah beristeri dan mempunyai anak dan keluarga," kata peminat tersebut. Malah peminat itu juga mengakui malu untuk menonton drama itu memandangkan mempunyai anak kecil. Walaupun seakan kabur tapi jelas terlihat aksi bercium."Apakah ini cara untuk naikkan drama kita sekarang ini? Jangan terlalu mencuba untuk mendapatkan 'rating' sampai sanggup buat aksi lakonan tidak sensitif di bulan mulia ini. "Saya malu sebab tonton dengan anak-anak. Mohon lebih peka selepas ini," ujarnya. Untuk info, drama Sujud Terakhir Encik Norman dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Aidil Aziz, Trisha Ooi, Rykarl Iskandar dan ramai lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube