BAHARU seminggu menjalani ibadah puasa, namun terdapat penyanyi baharu dan pempengaruh yang begitu ‘ghairah’ melancarkan lagu raya pada tahun ini. Perkara itu menarik perhatian anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menasihatkan agar penyanyi baharu sepatutnya menghasilkan karya yang tidak terhad pada bulan Ramadan dan Syawal semata-mata. Katanya, langkah itu penting bagi memastikan karya yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri sebelum mencuba menghasilkan lagu bermusim.Teguran Eric kepada penyanyi baharu.“Adik-adik artis baharu, jangan bazir duit untuk buat lagu raya. Gunakan duit itu sebagai modal untuk single sendiri.“Lekatkan dan kukuhkan identiti karya dekat pendengar dengan hasilkan lebih banyak single. Kalau mampu, buat album dahulu. Lepas itu barulah fikir untuk keluarkan lagu raya,” katanya menerusi hantaran di Threads.Dalam pada itu, Eric berpendapat lagu raya kebiasaannya hanya mendapat perhatian dalam tempoh singkat. ARTIKEL BERKAITAN: Akaun bank tinggal RM125, Eric Fuzi rayu penghutang lunaskan bayaranARTIKEL BERKAITAN: Bukan ‘demand’ tapi jaga ekosistem artis, Eric Fuzi pernah dapat bayaran tak masuk akal“Lagu raya ini orang dengar dua minggu sahaja, melainkan lagu itu betul-betul ‘hype’ dan boleh jadi evergreen.“Kalau lagu raya yang dihasilkan pula tiada identiti dan bunyinya sama seperti lagu raya lain, akhirnya jadi apa? Membazir,” ujarnya.'Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube