ANGGOTA kumpulan Floor 88, Eric Fuzi, memohon individu yang berhutang dengannya agar segera melunaskan bayaran kerana dia kini memerlukan wang.
Eric atau Muhammad Eric Muhamed Fuzi, 33, berkata baki simpanannya semakin berkurangan sedangkan dia perlu membayar pelbagai komitmen bulanan.
“Saya baru mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar pelbagai perkara. Sepatutnya bayaran daripada individu yang berjanji untuk melangsaikan hutang masuk minggu ini, jadi saya sudah mengagihkan bajet yang ada.

Perkongsian Eric di Threads miliknya.
“Tetapi selepas semua bayaran dibuat, saya lihat baki akaun tinggal sedikit sahaja. Duit hutang pula masih belum masuk.
“Korang, dalam akaun aku ada RM125 saja ni. Transferlah duit sikit,” katanya.
Eric berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama radio Era FM.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan ‘demand’ tapi jaga ekosistem artis, Eric Fuzi pernah dapat bayaran tak masuk akal
ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tagih hutang, Eric Fuzi terpaksa guna duit simpanan ‘cover’ komitmen
Dalam pada itu, Eric menjelaskan kekangan kewangan yang dihadapinya berpunca daripada bayaran yang belum diterima, termasuk berkaitan kerja serta pinjaman kepada kenalan terdekat.
Dia sudah beberapa kali mengingatkan pihak terbabit namun menerima pelbagai alasan.
“Ceritanya macam ini, saya baru pindah rumah. Lepas itu ada hutang lama dan hutang kerja. Jadi bila kita perlukan duit, mereka tak bayar.
“Saya ada minta mereka sebab nak gunakan duit, tetapi banyak pula jawapan yang saya terima.

Eric masih berdepan dengan masalah penghutang yang tidak mahu melunaskan bayaran.
“Antaranya sedang dalam proses pembayaran, ada yang kata nak bayar minggu depan. Ada juga yang kata okey-okey tapi kemudian senyap,” ujarnya.
Sebelum ini, Eric membuat satu perkongsian di Threads miliknya memaklumkan jumlah keseluruhan bayaran yang sepatutnya diterimanya adalah RM51,000.
Namun, dalam akaun simpanannya hanya berbaki RM125.65.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


