suria

Dua tahun tagih hutang, Eric Fuzi terpaksa guna duit simpanan ‘cover’ komitmen

SELEPAS lebih setahun menunggu bayaran tertunggak daripada bekas rakan kongsi perniagaan, pemain keyboard kumpulan Floor 88 iaitu Eric Fuzi mendedahkan dia diuji sekali lagi apabila terpaksa menunggu bayaran hasil kerja belakang tabir pula.

Eric atau nama sebenarnya Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 33, berkata penantian berlarutan itu bukan sahaja menguji kesabaran, malah turut menjejaskan pendapatannya.

“Bukan saya seorang yang lalui perkara ini, pasti ramai juga melalui fasa diuji sama macam saya iaitu industri drama, perfileman dan juga video.

“Saya tanda tangan kontrak, setuju pembayaran 50 peratus kemudian bila selesai kerja masih belum dapat, nak tunggu editing siap dan tutup akaun… Tahu-tahu sudah setahun masih juga belum bayar.

“Jangan tanya la kenapa kualiti drama atau perfileman negara kita teruk sebab adanya pihak macam ini, saya jujur cakap bulan ni memang terjejas komitmen bulanan disebabkan bayaran tidak diterima ini sehingga terpaksa gunakan duit simpanan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi