suria

Zahiril Adzim sedar rambut dah beruban, pilih karakter sesuai bawa watak hero

PELAKON Zahiril Adzim tidak menolak hakikat usianya kini mencecah 41 tahun membuatkan segelintir netizen merasakan dia tidak lagi sesuai memegang watak utama sebagai hero drama.

Namun jelas Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, dia sentiasa menilai terlebih dahulu sebelum menerima tawaran yang diberikan, malah enggan memaksa dirinya membawa watak orang muda jika ia tidak kena dengan keadaan sebenar.

“Ya betul saya dah ada uban. Saya okay sahaja (apabila ada kata saya tidak lagi layak). Tapi, kalau saya sendiri dapat naskah yang ditawar untuk jadi orang muda, saya sendiri tidak akan ambil. Sebelum mereka (netizen) nilai, saya sudah buat dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zahiril menegaskan jika dia menerima tawaran tersebut, dia tetap akan berusaha menghidupkan watak dengan sebaik mungkin.

“Kalau saya terima, saya akan cuba mudakan sikit watak saya. itu usaha dan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi