SOKONGAN keluarga terutama kakaknya, menjadi penguat serta tulang belakang buat penyanyi Irfan Haris. Kata Irfan, 24, cerita berkaitan pengorbanan Amira Othman juga mudah membuatlan dia tersentuh hati. "Apa-apa yang melibatkan keluarga dan kakak saya memang jadi lebih sensitif. Semua orang tahu betapa rapatnya saya dengan mereka. Amira dan Irfan mempunyai hubungan yang akrab."Saya bertuah sebab dapat kakak yang sangat baik dan supportive. Ibu bapa saya pun sama," katanya kepada mStar.Irfan berkongsi perkara itu apabila dia dilihat tidak mampu menahan sebak semasa sidang media lagu terbaharu bersama Amira berjudul Rasa & Takdir yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.Menurut Irfan, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berduet bersama kakaknya namun hanya terlaksana selepas menemui lagu yang sesuai buat mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris sekadar balas komen Fattah Amin, tak campur urusan peribadi kakakARTIKEL BERKAITAN: Luahan Irfan Haris ditinggalkan kekasih rupanya gimik lagu baharu… Jawab status hubungan dengan Dalia FarhanaTambah Irfan proses menghasilkan lagu tersebut cukup menyentuh emosi buat dirinya."Lagu ini sebelum keluar pun saya dah sedih. Ia bukan macam lagu-lagu saya yang lain. Saya ini pandai buat lagu sedih cinta-cinta, tapi tak menangis. Tapi lagu ini memang senang menangis sebab ada kakak saya."Ia lain, ada bonding yang luar biasa," ujarnya. Adatlah bila diuji dalam seni kerana itu adalah lumrah.AMIRA OTHMANPENYANYISementara itu, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, tampil mempertahankan adiknya yang dikatakan menumpang popularitinya yang sedang meningkat naik.Menurut Amira, tiada istilah menumpang antara mereka, sebaliknya kedua-duanya saling menyokong dan membantu untuk terus berkarya dalam dunia seni."Dia bukan menumpanglah, walaupun saya ada keluarkan kenyataan yang saya menumpang rezeki Fattah, tapi ini hanyalah asbab.Irfan dan Amira sama-sama membantu."Saya sama-sama dengan Irfan, sedikit sebanyak dia banyak membantu dan harap sedikit sebanyak dapat beri semangat untuk teruskan kerjaya."Apa-apa pun kami sama-sama melengkapi dan bersyukur dengan rezeki itu, adatlah bila diuji dalam seni kerana itu adalah lumrah,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube